Monday, November 30, 2009

PROJEK AKHIR SEM

Pengenalan

      

Projek yang kami ingin lakukan ialah projek litar elektronik Sistem Pembersih Tangan Automatik (SPTA). Projek ini adalah satu lingkaran sistem untuk kemudahan pembersihan tangan secara mudah atau automatik. Sistem ini merangkumi empat litar yang akan digabungkan menjadi satu sistem litar yang lengkap dan mampu beroperasi secara sistematik. Antara litar yang akan dibuat atau litar yang penting ialah litar pemancar inframerah sebagai pemancar isyarat, litar penerima inframerah  sebagai penerima isyarat inframerah dari litar pemancar dan litar pemasa sebagai pemasa untuk litar lanjutan. Terdapat litar tambahan untuk menjayakan alat ini iaitu litar lanjutan seperti litar motor pam dan litar pengering serta litar bekalan kuasa. Ketiga-tiga sistem ini akan digabungkan untuk menjadi satu sistem SPTA. Bekalan kuasa akan diambil daripada punca AC iaitu 12V yang mempunyai penyambungan ke bumi bagi menjamin keselamatan litar pintas. Komponen sensitif untuk projek ini ialah sensor yang terdiri daripada dua peranti aktif iaitu diod foto dan LED IR. LID IR akan memancarkan pancaran inframerah pada kadar rendah selari diod foto dan LED IR menghasilkan satu pantulan sehingga mengenai diodfoto. Litar penerima akan menerima isyarat dan bermulalah satu pantulan sehingga mengenai diodfoto. Litar penerima akan menerima isyarat dan sistem akan beroperasi. Diodfoto dan LED IR perlu disalut dengan tiub hitam untuk mengelak sebarang gangguan cahaya atau pancaran inframerah secara terus.


1.2            Pernyataan Masalah

 

Masalah yang dapat diselesaikan apabila projek ini dapat diselesaikan ialah dapat membina alat yang lebih baik untuk membersihkan tangan. Hal ini kerana sebelum ini tiada pembersih tangan yang lebih efficient yang boleh digunakan. Alat ini juga akan dapat melakukan kerja membersih tangan secara automatik. Selain itu, sebelum alat ini dihasilkan kita terpaksa membuka paip dengan memusing kepala paip dengan mengunakan tangan kotor. Hal ini akan menampakkan sesuatu keadaan yang tidak bersih.

 

 


Sunday, November 29, 2009

DARI MATA TURUN KE HATI

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.