Wednesday, March 24, 2010

satelit apa plk ni...


apa benda plk ni....ni pun x tahu....kalau nak tahu baca dulu..
jangan marah ya...



MeaSAT 1 & MeaSAT 2

1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT

2.      Tarikh pelancaran
MeaSAT 1 dilancarkan pada 12 Januari 1996,  manakala satelit kedua MeaSAT 2 pula dilakukan pada 13 November 1996.

3.      Lokasi pelancaran
Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Kourou, French Guiana.

4.      Misi pelancaran
Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur. Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil. Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
Menggunakan roket Ariane

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
 Pulau Langkawi, Malaysia



TiungSAT
1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Di ambil sempena nama burung iaitu burung tiung.
2.      Tarikh pelancaran
Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro pertama negara Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan. 

3.      Lokasi pelancaran
Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

4.      Misi pelancaran
Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah. Menggunakan kenderaan pelancar roket Dnepr ke tahap ketinggian 650.4 kilometer pada orbit bumi (LEO) dengan membawa peralatan canggih termasuk sistem penghantaran data dan suara.

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

8.      Gambar berkenaan satelit tersebut

9.      Lain-lain maklumat
Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi. Tiung SAT digelar sebagai mikrosatelit




MeaSAT  3a
1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT

2.      Tarikh pelancaran
22 Jun 2009.

3.      Lokasi pelancaran
Di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan

4.      Misi pelancaran
Satelit berkenaan yang berupaya memberikan liputan lebih meluas di Asia Pasifik bagi perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan televisyen satelit, menyediakan perkhidmatan di Asia, Australia, Asia Barat, Eropah Timur dan Afrika, iaitu merangkumi 70 peratus penduduk dunia, MEASAT-3a akan menggantikan MEASAT-1 yang dijadualkan tamat operasinya pada 2015.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia).
Measat Satellite Systems Sdn Bhd.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar).
Mengunakan pelancar Zenit-3SLB, lokasi akhir pada 91.5 darjah Longitud Timur, seberat 2,417 kilogram.

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
Pulau Langkawi, Malaysia

8.      Gambar berkenaan satelit tersebut

9.      Lain-lain maklumat
MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan pada Ogos 2008 tetapi kemalangan kren merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dibawa kembali ke Dulles di Washington untuk dibaiki. Dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika.



RazakSAT
1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Nama asal RazakSat ialah MacSat kerana mengambil singkatan teknologi optik yang digunakan iaitu Kamera Aperture Bersaiz Sederhana. Telah ditukar pada tahun 2003,  Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar MacSat ke RazakSat sempena mengambil nama bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengenang jasa beliau dalam membangunkan negara sesuai dengan gelaran (Bapa Pembangunan).

2.      Tarikh pelancaran
 Dilancarkan pada 14 Julai 2009

3.      Lokasi pelancaran
Kwajalein Atoll di Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.


4.      Misi pelancaran
RazakSAT adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa. Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau lebih dikenali sebagai MAC.  Ia sejenis kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra). Memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
RazakSAT dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
Satelit seberat 180 kilogram, Altitude: 685 km, Inclination: 9 ° ,Payload (MAC): GSD : 2.5 m (PAN), 5 m (MS) Swathwidth : 20 km @ 685 km. Membawa bersamanya kamera berresolusi tinggi yang digunakan untuk melakukan teknik penderiaan jauh, menggunakan pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX),

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS). MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSAT, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSAT sebelum diedarkan kepada pengguna.

8.      Gambar berkenaan satelit tersebut
9.      Lain-lain maklumat
Pelancaran  berjalan lancar selepas empat jam tertangguh bagi memenuhi keperluan teknikal.

Sunday, March 7, 2010

gelombang apa pulak ni...


 

GELOMBANG MIKRO

Keterangan Fizikal

o        Antena paling biasa berbentuk piring parabola.
o        Diameter sekitar 3 m.
o        Antena berkedudukan tetap dan difokuskan kepada gelombang tertentu untuk mencapai penghantaran line-of-sight kepada antena penerima.
o           Antena biasanya diletakkan di tanah tinggi untuk meluaskan jarak antara antena dan membolehkan penghantaran merentasi intervening obstacles.
o           Jarak maksimum antara antena:
  d = 7.14 √Kh  (km)
  h = tinggi antena, K = faktor penyesuaian (gelombang mikro mungkin berubah arah atau terbias disebabkan bentuk lengkuk mukabumi)
  biasanya K = 4/3
                  o                 Untuk mendapatkan jarak penghantaran yang jauh, beberapa menara geganti (relay)          gelombang mikro digunakan.
o               Gelombang mikro point-to-point dipautkan untuk memperkuat satu sama lain.

Aplikasi

o               Penggunaan biasa adalah untuk perkhidmatan telekomunikasi jarak jauh (alternatif bagi coaxial cable dan fiber optik)
§  Fasiliti gelombang mikro memerlukan jarak antara amplifier atau repeater yang jauh serta bilangan yang kecil, tetapi memerlukan penghantaran line-of-sight.
Digunakan untuk penghantaran suara dan televisyen.
o              Boleh juga digunakan untuk jarak dekat point-to-point yang menyambungkan antara bangunan berdekatan.
Closed-circuit TV (CCTV)
Pautan data antara LAN
By-pass aplication (gunakan telekomunikasi jarak jauh untuk perniagaan, menggantikan syarikat telefon tempatan)

Ciri – ciri penghantaran

o              Meliputi sebahagian spectrum elektromagnetik.
o              Frekuensi biasa antara 2 ke 4 0 GHz.
o              Jika frekuensi lebih tinggi, lebarjalur lebih tinggi dan kadar data lebih tinggi.
o              Kehilangan utama disebabkan pemerosotan (juga bagi frekuensi radio).
§  Kehilangan, L = 10 log (4Ï€d/λ)2  db.
o              Jarak antara amplifier atau repeater antara 10 ke 100 km.
o              Pemerosotan bertambah bila hujan, kesan ini ketara bagi frekuensi melebihi 10 GHz.
o              Kerosakan juga boleh disebabkan oleh gangguan, semakin banyak gelombang mikro digunakan, makin banyak gangguan, jadi perlu pilih frekuensi khusus.
o              Julat frekuensi biasa bagi telekomunikasi jarak jauh ialah antara 4 GHz ke 6 GHz.(sekarang sehingga 11 GHz)
o              Jalur 12 GHz digunakan untuk sistem TV kabel.
o              Pautan gelombang mikro menyediakan isyarat TV kepada sistem pemasangan CATV tempatan, isyarat disebarkan kepada subscriber khusus melalui kabel coaxial.
o              Frekuensi lebih tinggi (22 GHz) digunakan untuk pautan point-to-point jarak dekat antara bangunan.
o              Frekuensi tinggi tidak begitu berguna untuk jarak jauh sebab kesan pemerosotan yang tinggi, tetapi memerlukan antena lebih kecil dan murah (sesuai untuk jarak dekat)



GELOMBANG SATELIT



Keterangan Fizikal

o           Satelit komunikasi merupakan stesyen geganti gelombang mikro.
o           Ia memautkan dua atau lebih penghantar / penerima gelombang mikro di permukaan bumi (earth station / ground station)
o           Satelit menerima penghantaran pada satu jalur frekuensi (uplink), menguat dan mengulang isyarat, dan menghantar semula pada frekuensi lain (downlink)
o           Satu satelit yang mengelilingi orbit beroperasi pada beberapa jalur frekuensi (transponder channels atau ringkasnya transponders)
o           Bagi membolehkan satelit berfungsi dengan berkesan, ia perlu kekal di tempatnya.
o           Ia mesti mempunyai tempoh putaran yang menyamai putaran bumi.
o           Ia boleh dilakukan pada ketinggian 35, 784 km.
o           Dua satelit berdekatan yang menggunakan jalur frekuensi yang sama akan mengganggu satu sama lain.
o           Oleh itu, jarak 40 perlu untuk jalur 4/6 GHz dan 30 untuk jalur 12/14 GHz.
o           Jadi, bilangan satelit terhad.

Aplikasi

o              Penyiaran televisyen
§  Program televisyen dihantar ke satelit.
§  Ia disiarkan ke beberapa stesyen di bumi.
§  Stesyen ini pula menyiarkannya kepada individu.
o              Penghantaran telefon jarak jauh
§  Menggunakan point-to-point trunks antara pejabat penukaran telefon.
o              Rangkaian perniagaan persendirian
§  Pengguna dilengkapi dengan antena.
§  Terhad kepada organisasi besar.
§  Sistem alternatif yang lebih murah : Very Small Aperture Terminal (VSAT) system.

Ciri – ciri Penghantaran

o           Julat frekuensi : 1 hingga 10 GHz.
o           Jika kurang daripada 1 GHz, kesan hingar agak ketara disebabkan punca– punca semulajadi seperti hingar galaksi, solar dan atmosfera atau punca daripada peranti-peranti elektronik.
o           Kebanyakan satelit memberi perkhidmatan point-to-point dengan lebarjalur 5.925 hingga 6.425 GHz (uplink) dan 4.7 hingga GHz (downlink).
o           Kombinasi ini dinamakan jalur 4/6 GHz.
o           Frekuensi berbeza untuk mengelak gangguan.
o           Jalur frekuensi ini terhad kerana kebanyakannya sama dengan jalur frekuensi bagi gelombang mikro terrestrial.
o           Jalur 12/14 GHz (14 hingga 14.5 GHz uplink, 11.7 hingga 14.2 GHz - downlink) diwujudkan untuk mengatasinya.
o           Kesan pemerosotan pula perlu diatasi.
o           Jalur ini juga terhad.
o           Jalur 19/29 GHz diwujudkan (uplink : 27.5 hingga 31.0 GHz, downlink : 17.7 hingga 21.2 GHz)
o           Jarak yang jauh, berlaku lengah (propagation delay) sebanyak 0.25 saat.




 

GELOMBANG RADIO



Keterangan Fizikal

o              Perbezaan utama dengan gelombang mikro ialah ia dua arah.
o              Ia tidak perlu antena berbentuk parabola.
o              Antena tidak perlu diletakkan secara kekal dan kedudukan yang khusus.

Aplikasi

o              Julat frekuensi 3 Khz hingga 300 GHz.
o              Jalur VHF dan UHF : 30 MHz hingga 1 GHz.
o              Jalur ini meliputi radio FM dan televisyen VHF dan UHF.
o              Juga digunakan untuk aplikasi rangkaian data.

Ciri – ciri Penghantaran

o              Julat frekuensi 30 MHz hingga 1 GHz sesuai untuk komunikasi penyiaran.
o              Penghantaran dihadkan kepada beberapa saluran dan jarak kesan pantulan daripada atmosfera.
o              Kesan pemerosotan kurang.
o              Sumber utama gangguan siaran ialah daripada pelbagai saluran yang saling mengganggu.
o              Kesannya dapat dilihat bila kapalterbang lalu, imej yang bertindih kelihatan.

        

ada apa dengan sejarah malaysia.

1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada
Sultan Kedah.

1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk
Britain di Singapura.

1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi
menyerahkan Melaka kepada Inggeris.

1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris
dengan panggilan Negeri-negeri Selat.

1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.

1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.

1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara
(sekarang Sabah).

1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.

1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak,
Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan
kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.

1915-1941 Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British
mengamalkan dasar pecah dan perintah.

1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.

1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.

1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan
pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.

1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British
kembali ke Tanah Melayu.

1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah
keras orang-orang Melayu.

1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO).

1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman
Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.

1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya
dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.

1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya
bandaran pertama di Kuala Lumpur.

1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-
Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.

1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut
kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.

1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan
lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman
dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk
mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan.
kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum
yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara
ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja
Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa
orang Melayu dan kerakyatan sama rata..

1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman
Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak Hussein menjadi
timbalannya.

1957 Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong” bagi Ketua
Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi Yang di-
Pertuan Agong pertama.

1959 Yang di-Pertuan Agong merasmikan kampus Universiti Malaya di Kuala
Lumpur.

1961 Tunku Abdul Rahman mengusulkan penubuhan Malaysia, yang merangkumi
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

1963 Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi Semenanjung
Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.

1965 Singapura keluar dari Malaysia lalu menjadi sebuah negara merdeka.

1969 Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Persekutuan.
Keadaan darurat diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan,
diketuai Dato’ Abd Razak. Di bawah MAGERAN, keamanan dipulihkan dan urusan
seharian kembali seperti sedia kala di ibu negara.

1970 Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan. Dato’ Abd Razak mengambil alih
sebagai Perdana Menteri Kedua.

1970 Universiti Kebangsaan Malaysia dibuka di Kuala Lumpur.

1970 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi
di kalangan rakyat.

1971 Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) yang pertama.

1976 Tun Abd Razak meninggal dunia di London. Dato’ Hussein Onn menggantikan
tempatnya sebagai Perdana Menteri Ketiga.

1981 Dato’ Hussein Onn meletak jawatan dan melantik Dato’ Seri Dr Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.

1985 Malaysia memulakan peralihan ekonomi dari yang berasaskan pertanian ke
ekonomi berasaskan industri kilang. Kereta nasional pertama, Proton Saga
dikeluarkan dari kilang pembuatan di Shah Alam.

1996 Malaysia melancarkan satelit pertamanya, Malaysia East Asia Satellite
(MEASAT) dan siaran TV satelit pertama.

1997 Sistem Transit Rel Ringan (LRT) pertama negara dilancarkan di Kuala Lumpur.

1997 Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur setinggi 425m muncul sebagai
bangunan tertinggi di dunia.

1998 Kegawatan ekonomi melanda dunia, namun Kuala Lumpur berjaya menjadi
ibukota negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

1999 Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.

1999 Sistem transit rel ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia, Putra-
LRT dilancarkan di Kuala Lumpur dan kawasan sub-bandarnya.

1999 Litar Antarabangsa Sepang dibuka; Malaysia menganjurkan Grand Prix
Formula Satu buat kali pertama, yang ditaja syarikat minyak negara, Petronas.

2000 Malaysia menyambut alaf baru sambil melangkah keluar dari kemelesetan
ekonomi dengan daya dan gaya tersendiri.

2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak XIII Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur.

2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sesi Ke-10 Sidang Kemuncak
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya.

2003 Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepimpinan Malaysia kepada
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu peralihan kuasa yang berjalan lancer.
2004 Kejadian bancana alam melanda Malaysia iaitu Tsunami.
2004 PM baru iaitu Najib, dilahirkan pada 23 Julai, 1953 dan beliau muda 14 tahun daripada Abdullah, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik sejak 7 Januari 2004, selain menjadi ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
2009 Pelancaran Razak SAT. Satelit Malaysia yang termuda. Dilancarkan pada Julai 2009. Membawa bersamanya kamera berresolusi tinggi yang digunakan untuk melakukan teknik penderiaan jauh.