Wednesday, May 26, 2010

High Quality Blog Advertising

High Quality Blog Advertising

Tabiat Kita




Assalamualaikum..w.b.t..
Semoga anda sekalian sihat dan sentiasa memajukan diri. Sebelum saya mengulas lebih panjang tentang perkara yang saya ingin sampaikan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudari Yuziana Binti Yusof

Kerana telah berkongsi ilmu dengan saya. (EH macam guru agama ustadz pulak). OK mari kita mulakan apa yang kita nak kongsikan bersama hari ini.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat. (yang paling penting perlu diberperhatian)
2.
tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4.
memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.
berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8.
suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.
suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19.
tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.
membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35.
berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut. (mcm saya la tu...)
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.
mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. (pembinaan tandas kat malaysia tidak menitik beratkan perkara ini)
42.
menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

********BERSAMA – SAMA LA KITA MENGUBAH DIRI (TABIAT) KITA AGAR MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK. SAYA PUN SELALU BUAT KESALAHAN SEPERTI YANG DINYATAKAN. TETAPI PERUBAHAN PERLU ADA. KALAU TAK DAPAT BUAT BUANG TABIAT KITA SEKALI GUS PUN TAK APA JANJI SETIAP HARI @ MINGGU@ BULAN PERLU ADA PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK. (HANYA MENYAMPAIKAN APA YANG DI FIKIRKAN BETUL). AMIN......******** 


Tuesday, May 25, 2010

KHUTBAH ONLINE



Assalamualaikum.....
Kepada semua kaum muslim atau bukan muslim. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu laman wab yang biasa saya kunjungi untuk mendapatkan khutbah-khutbah jumaat baru. Mungkin ada yang sudah tahu atau mungkin ada yang belum tahu.


Semoga kita semua dapat manfaat dari maklumat ini. Kemungkinan ada yang ingin muat turun khutbah jumaat baru untuk kampung, bapa, sekolah atau sebagai bacaan untuk mepertingkatkan lagi ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, khutbah merupakan ilmu yang di sampaikan semasa hari jumaat iaitu wajib sebelum sembahayang 2 rakaat. Tetapi kalau nak membacanya pada hari lain pun tak menjadi masalah.

Bersama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri. AMIN.

Monday, May 17, 2010

bila aku buat "HAL"

aik??? makan apa tu...haha macam ni la kalau nak lepaskan geram.....
makan banyak2 lepas tu jalan2.....GERAM??? haha geram tak ada masa nak jalan2.
jemput makan....ya ya makan tapi kena bayar dulu la ye.....



tak dapat bergambar dgn orangnya.... bergambar dengan gambar pon jadi lah....hahah....muka tak tahu malu


pergi tengok cerita la kalau nak enjoy....



kalau cerita hantu ada berani ke..... kalo bawa awek mungkin boleh cuba tengok....
kita tengok siapa yang menjerit dahulu.....
.rasanya aku ke.......haha... 
hahaha,,,,ada hati nak tengok dengan awek....awek pon tak ada...
cermin la muka tu cikit.....
boleh tahan  jgk muka aku ni...hehe


yang ni mungkin boleh la....cerita "panas" ni.....jangan lepaskan peluang.....
harga? 
lain cerita....
tgk dulu orang lain tolong bayarkan....


  mula la tu buat hal....merayau2 tengah2 malam.....sempat buat promo lagi tu....dah la tak di bayar buat promo.....kita yang kena bayar....adoh2..pening kepala...

Friday, May 7, 2010

KENAF TU APA BENDA??



Tahukah anda??? Saya pun baru tahu ni....tentang pokok KENAF.. ia adalah sejenis pokok yang digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagainya....serta yang paling penting ia bebas klorin...kalau nak tahu lebih lanjut baca terus....jangan beralih dahulu...membaca itu jambatan ilmu...

Kenaf adalah sejenis pohon berusia 4,000
tahun yang berakar umbi di Afrika zaman
silam. Pohon ini daripada keluarga pokok
bunga raya, dan mempunyai pertalian dengan
pokok kapas dan bendi, serta tumbuh subur
di banyak tempat di Amerika Syarikat.
Dengan pohon Kenaf kita dapat membuat
kertas tanpa menebang pokok.
Pohon Kenaf cepat tumbuh, dan mencapai
ketinggian 12-14 kaki dalam masa sesingkat 4
hingga 5 bulan. Kajian Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat menunjukkan pohon kenaf
menghasilkan gentian kering sebanyak 6
hingga 10 tan setiap ekar setahun, iaitu
umumnya 3 hingga 5 kali lebih banyak
daripada penghasilan pohon Pinus Selatan.
Setelah dituai, seluruh pohon kenaf diproses
dalam alat pemisah gentian mekanikal, sama
seperti mesin kapas. Pemisahan dua gentian
membolehkan pemprosesan dilakukan secara
bebas dan menghasilkan bahan mentah bagi
sebilangan produk termasuk kertas, papan
zarahan, bahan tidur haiwan dan bantuan
bioremidiasi.

Saturday, May 1, 2010

A.C.A.B- Genggam





Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Kesabaran mengiringi
Menanti terbitnya mentari


Pernahku masih mengejar impian ini
Harapanku ini masih belum lagi mati
Tak mudah melupai
Erti perjuangan ini


Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula


Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Percaya kataku ini
Kan kubawa kau kembali


Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula (Ulang 2x)