Friday, October 8, 2010

PROGRAM AFFILIATE TERHANGAT


Sertai Program Affiliate Terhangat!

A- Apa itu program affiliate FaTradeReload.com?
 Program affiliate FaTradeReload.com adalah 100% sah di sisi undang-undang. Ia bukan skim cepat kaya, MLM, autodownline atau skim pelaburan Internet. Jika anda baru pertama kali mendengar tentang program affiliate anda perlu membaca seterusnya penerangan ini.
Program affiliate FaTradeReload.com ialah satu program dimana anda akan diberi sejumlah komisen apabila ada seseorang membayar untuk menyertai bengkel website hasil daripada promosi yang anda lakukan melalui link affiliate anda.
 Anda dikehendaki mendaftar sebagai affiliate terlebih dahulu untuk menerima link affiliate anda. Anda boleh mendaftar seberapa banyak link affiliate di sini. Dengan mendaftar affiliate dan menerima link affiliate anda, maka anda akan dikenali sebagai agen affiliate.
 Link affiliate yang anda akan terima adalah unik. Anda boleh mempromosikan link affiliate anda samada menggunakan e-mel (tetapi jangan menghantar SPAM) atau banner yang disediakan melalui kod yang akan diberikan dan diletakkan di dalam laman web atau blog anda.
B- Bagaimana sistem affiliate ini berfungsi?
Apabila anda membuat promosi melalui link affiliate anda, samada melalui e-mel atau banner maka pengunjung yang berminat akan klik pada link affiliate atau banner anda tersebut.
Apabila pengunjung klik pada link affiliate anda atau banner tersebut, maka pengunjung akan dibawa terus ke laman web FaTradeReload.com.
Sebenarnya, sebaik sahaja pengunjung klik pada link affiliate anda atau banner tersebut, nombor id affiliate anda telah direkodkan di dalam sistem komputer pengunjung tetapi pengunjung tidak sedar perkara ini berlaku.
Pengunjung mungkin tidak akan terus membayar apabila pertama kali melawat laman web FaTradeReload.com. Sebaliknya mereka akan terus mengunjungi laman web FaTradeReload.comuntuk beberapa kali. Namun demikian id anda masih tersimpan di dalam komputer pengunjung dan tatkala mereka membuat bayaran dengan mengisikan borang pengesahan bayaran, maka sistem akan merekod penjualan daripada link promosi anda (merujuk kepada id yang tersimpan di dalam sistem komputer pengunjung).
Apabila pembelian berlaku, maka sistem affiliate akan memberikan maklumat tersebut dan kami akan memaklumkan tentang pembelian tersebut kepada anda. Anda akan dimaklumkan tentang komisen tersebut menerusi e-mel bagi setiap jualan yang berlaku.
Operasi affiliate ini diuruskan oleh sistem. Jadi ia telus dan merekodkan setiap penjualan yang berlaku. Walaubagaimanapun kami tidak akan membayar komisen terhadap affiliate palsu.
C- Berapa yuran yang dikenakan untuk daftar dan berapa komisen yang anda dapat?
Pendaftaran agen affiliate adalah PERCUMA.
Setiap jualan yang terhasil daripada usaha promosi anda, komisyen sebanyak  RM20 akan diberikan kepada anda. Ini adalah komisen tertinggi program affiliate untuk Program reload di Malaysia.
Komisyen yang terkumpul akan dibayar terus ke akaun bank anda tanpa menunggu hujung bulan seperti kebanyakan affiliate yang lain. Berikan kami 1-2 hari untuk mengkreditkan terus bayaran komisen ke dalam akaun bank anda.
Maklumat lengkap mesti diberi semasa pendaftaran affiliate untuk mengelakkan kesulitan ketika pembayaran komisyen.
Komisyen yang gagal diberikan kepada anda disebabkan butiran peribadi anda tidak lengkap atau palsu akan terus dibatalkan. Komisyen akan diberikan dalam bentuk Online Banking Transfer terus ke akaun bank-bank tempatan anda.
Komisen affiliate untuk pembelian diri sendiri atau rakan tidak diambil kira. Komisen seperti ini dikira sebagai affiliate palsu.
Komisen affiliate tidak akan diberi jika berlaku pembelian secara offline.  Contohnya jika pelanggan terus membayar di pejabat FaTradeReload.com. Ini kerana belum ada mana-mana sistem affiliate di dunia yang boleh memantau mekanisma pembelian secara offline seperti ini. Walaubagaimanapun, peratus pembelian secara offline adalah kecil berbanding pembayaran secara online.
Komisen boleh juga dibayar secara tunai dengan datang sendiri ke pejabat urusan untuk membuat tuntutan pada setiap 1 haribulan.
D- Kelebihan menjadi agen affiliate.
Anda tak memerlukan sebarang modal. Anda tak perlu menghadiri bengkel website atau membeli apa-apa produk dari bengkel website pun! Tetapi anda masih berpeluang menjana pendapatan melalui komisen affiliate bagi setiap bayaran peserta.
Anda tak perlu memiliki laman web kerana konsep sistem affiliate akan memaparkan laman webFaTradeReload.com secara automatik apabila pengunjung klik pada link affiliate anda.
Anda juga tak perlu melayan pertanyaan pelanggan atau berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya kami yang akan menguruskan semuanya. Tugas anda hanya mempromosikan link affiliate anda sahaja.
Jumlah pendapatan anda tiada had. Selagi anda membuat promosi selagi itulah peluang anda menjana pendapatan. Tiada tamat tempoh. Layak sampai bila-bila masa.
Sesiapa pun boleh sertai program affiliate. Tiada had umur, tak kira warganegara apa, bangsa apa, semuanya boleh.
Komisen yang anda terima adalah 100% milik anda. Kami tidak akan meminta dipulangkan semula komisen walaupun jika ada pelanggan yang membuat untutan refund terhadap produk yang telah dibayar.
E- Cara Membuat Promosi.
Anda akan diberikan link affiliate selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate. Copy dan pastekan link affiliate tersebut ke dalam e-mel anda dan sebarkan untuk membuat promosi. Tetapi jangan melakukan SPAM (Maklumat tentang SPAM boleh dirujuk di bawah).
Anda juga akan disediakan beberapa banner. Anda boleh menggunakan banner-banner tersebut untuk membuat iklan-iklan online seperti di akhbar online Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online, Harakah Daily Online, Malaysia Kini Online dan lain-lain. Berikan banner tersebut kepada pengiklan dan berikan URL anda iaitu link affiliate anda sebagai URLnya. Banner seperti di bawah.
Banner yang telah disediakan. Banner ini juga ada di dalam ruangan ahli affiliate selepas anda mendaftar nanti.
Anda juga boleh meletakkan banner-banner tersebut di dalam laman web atau blog anda sendiri.

Sebenarnya apa jua kreativiti anda untuk mempromosi adalah bebas. Kami sama sekali tidak menghalang anda untuk mempromosikan id affiliate/banner anda. Asalkan anda tidak melakukan kesalahan mempromosi seperti SPAM.