Imej boleh dibahagikan kepada 4
jenis iaitu:
1. Imej fotografi
2. Imej bukan fotografi
3. Imej satelit
4. Synthetic Aperture Radar (SAR)
Imej
fotografi
Imej ini merupakan bentuk imej
penderiaan jauh yang lama dimana kamera digunakan untuk
menghasilkan diapositif atau gambar. Gambarnya
diambil samada daripada kapal terbang, satelit dan sebagainya. Imej
yang dihasilkan bergantung kepada
jumlah cahaya yang dibalikkan serta jenis
filem yang digunakan.
Imej ini mengunakan penderia yang
mengesan cahaya tampak dan
sedikit infra-red. Imej fotografi
terbahagi kepada empat iaitu:
Fotografi hitam putih.
Fotografi warna.
Fotografi infra-red warna.
Fotografi infra-red hitam putih.
Fotografi Hitam Putih
Pendedahan cahaya dilakukan ke
atas filem panchromatic. Imej yang
dihasilkan adalah dalam bentuk ton
kelabu (grey tones).
Fotografi Warna
Pendedahan cahaya tampak dilakukan
ke atas filem warna. Foto ini
boleh digunakan untuk penaksiran
imej tetapi terdapat masalah seperti
perbelanjaan yang tinggi dan
gangguan atmosfera yang tinggi terhadap filem
jenis ini.
Fotografi jenis ini sangat berguna
untuk pengajian persisiran pantai,
kawasan pertanian dan klasifikasi
tanah. Pengambaran udara diambil pada
ketinggian minima untuk
menggurangkan kesan atmosfera.
Fotografi Warna Infra Merah
Berbeza dari filem lain kerana
ianya lebih sensitif. Filem infra merah
boleh mengesan perbezaan yang
sedikit pada imej di mana tidak boleh dilihat
oleh mata kasar.
Imej yang dihasilkan lebih terang
(clearity) dari filem warna biasa. Ini
disebabkan keupayaan spektrum
infra merah menembusi dan mengurangkan
kesan-kesan atmosfera. Imej yang
dihasilkan akan kelihatan sedikit kemerahmerahan.
Fotografi Hitam Putih Infra Merah
Prinsipnya sama dengan infra
merah, cuma ia menggunakan filem
panchromatic. Pantulan spektrum infra merah yang
tinggi akan memberikan
ton yang terang (brightness)
manakala pantulan yang rendah memberikan ton
yang lebih gelap. Ini kerana
peratusan spektrum infra merah yang lebih tinggi
dihasilkan oleh objek.
Sebagai contoh kawasan pertanian
akan menjadi ton yang lebih terang
kerana peratusan pembalikan spektrum
yang lebih tinggi manakala kawasan
air menjadi lebih gelap kerana
kesan penyerapan yang tinggi.
Imej yang dihasilkan lebih terang
(clear) kerana kurangnya berlaku
kesan penyerakan pada spektrum
infra merah.
Imej
Bukan Fotografi
Merupakan imej untuk spektrum
berjarak gelombang panjang seperti
infra merah termal dan radar serta
imej berjarak gelombang yang lebih
pendek daripada sinaran tampak
seperti ultra-violet. Imej ini berkembang
luas kerana ketinggian pelantar
bertambah.
Penyerapan untuk jarak gelombang
pendek adalah tinggi jika
dibanding dengan jarak gelombang
panjang. Ini menyebabkan penderiaan
jarak gelombang pendek kurang
popular kerana kesan atmosfera, tetapi
kadang kala juga digunakan untuk
tujuan-tujuan tertentu. Antara imej bukan
fotografi yang digunakan ialah :
RADAR (Radio Detecting and
Ranging)
Merupakan penderiaan bukan
fotografi yang popular. Penggunaan
radar berkembang luas semasa
Perang Dunia Kedua. Ia merupakan
satu sistem penderiaan aktif
(active remote sensing system).
Tenaga gelombang panjang dicipta
dan dipancarkan kepada objek
dengan menggunakan antena
(transmitter) dan kemudian dipantulkan
semula kepada penderia.
Jumlah tenaga yang dipantulkan
kembali bergantung kepada saiz,
kekasaran (roughness) dan kandungan
objek.
Apabila tenaga diterima oleh
penderia ia ditukarkan kepada isyarat
elektronik dengan bantuan electronic signal processor.
Akhirnya dengan bantuan cathod ray tube (CRT) ia boleh ditukarkan ke
dalam bentuk hard copy.
Permukaan yang bersudut tepat
dengan pancaran akan memberikan
jumlah tenaga pembalikan paling
tinggi dan pada imej ton akan menjadi
terang. Manakala permukaan yang
yang condong (oblique) akan memberikan
imej sedikit gelap dan permukaan
yang terlindung akan memberikan imej
gelap yang dikenali sebagai bayang
(shadow).
Ciri-ciri imej radar
Pengesanan adalah selari dalam
satu garisan (Scan Lines) dan
bersudut tepat dengan arah
penerbangan.
Ton terang dan gelap menggambarkan
tindak balas radar dengan
permukaan bumi, iaitu jumlah
tenaga yang dibalikkan.
Erotan akan menjadi lebih besar
kepada imej yang mana kawasannya
lebih jauh dari arah penerbangan.
Radar merupakan teknik penderiaan
yang baik untuk kawasan yang sukar
dideria seperti kawasan tropika,
pergunungan, berawan tebal, ‘smog’ dan
jerebu.
Resolusi radar bergantung kepada
panjang antena, lebar band, tinggi
pelantar, sudut objek dari
penderiaan, jarak objek dan jenis objek.
Penderiaan Infra-Merah Termal
Semua objek di bumi memberi
pembalikan haba yang unik dimana ia
boleh dicerap oleh penderia untuk
menghasilkan imej. Penderiaan haba oleh
penderia ini dinamakan thermography iaitu pengukuran dan perekodan
perubahan haba (suhu) objek dibumi
yang dikaji. Penderiaan ini adalah yang
paling popular kerana kebolehan
menderia haba hingga ke dalam isi bumi.
Jarak gelombang yang digunakan
ialah 3μm ~ 5μm dan 8μm ~ 14 μm.
Penderia pula dibuat dari bahan
yang peka kepada perubahan suhu seperti
indium antinomide dan mercury
cadnium telluride.
Konsep deriaan adalah
sama dengan penderiaan bukan
fotografi.
Penderiaan Ultraviolet
Merupakan penderiaan gelombang
pendek (0.01-0.4 μm). Penderiaan
gelombang ini sukar dilaksanakan
kerana kesan atmosfera iaitu penyerapan
yang tinggi.
Walau bagaimana pun imej foto
masih boleh dihasilkan dengan
menggunakan alat (kamera) yang
mempunyai kanta dan penapis khas yang
mana akan menghasilkan foto yang conventional.
Imej yang dihasilkan menjadi ton
gelap untuk objek putih seperti salji
dan objek gelap akan menjadi ton
terang.
Penderiaan ini popular untuk
kerja-kerja pengawasan pencemaran
seperti tumpahan minyak.
Imej
Satelit
Imej satelit boleh didapati dari
penderia yang dipasang pada satelit.
Ianya dicipta untuk tujuan
tertentu. Contohnya GEOS (Geostationery
Operation Earth Satelit) dicipta
untuk tujuan kaji cuaca dan LANDSAT serta
SPOT dicipta untuk tujuan
pemetaan.
Imej satelit boleh didapati dalam
bentuk computer compatible tape
(CCT), filem (positif dan negatif)
serta cetakan (paper print).
Untuk mendapatkan imej bagi
sesuatu kawasan, nilai longitud dan
latitud kawasan tersebut perlu
diketahui terlebih dahulu. Kodinit ini kemudian
dihubungkaitkan dengan koordinat
orbit satelit untuk mendapatkan imej.
Contohnya LANDSAT menggunakan
system kodinit Worldwide Reference
System (WRS). GPS – World
Global System (WGS).
Synthetic
Aparture RADAR (SAR)
Imej RADAR boleh diperbaiki
kualitinya dengan beberapa teknik
seperti memanjangkan antena,
merendahkan pelantar ataupun memendekan
jarak gelombang.
Akan tetapi memanjangkan antena
dan merendahkan pelantar adalah
tidak praktikal kerana saiz
pelantar yang terhad dan melibatkan coverage
imej. Jadi mengubah jarak
gelombang dengan cara Doppler Shift adalah lebih
berkesan.
Doppller Shift bermaksud perubahan frekuensi pada
pergerakan
pelantar menghampiri dan menjauhi
objek. SAR menggunakan prinsip
Doppler Shift ini untuk mendapatkan imej.
Cara-cara penderiaan SAR
i) Sistem SAR bergerak dalam arah
penerbangan, apabila objek berada
dalam kawasan (range) isyarat
radar yang dikembalikan akan dikesan.
Oleh kerana kesan Doppler isyarat
berfrekuensi tinggi akan dapat
dikesan (kedudukan A).
ii) Apabila objek berada disisi
pelantar, isyarat yang diterima adalah sama
dengan yang dipantulkan, disini
tidak berlaku kesan Doppler
(kedudukan B).
iii) Apabila objek berada
dibelakang pelantar, oleh kerana kesan Doppler
maka isyarat berfrekuensi rendah
dapat dikesan (kedudukan C).
Dari ketiga-tiga frekensi tersebut
dibuat perbandingan dengan isyarat
rujukan. Perbandingan tersebut
dihantar kepada pita magnetik dan disimpan
dalam bentuk digital. Nombor
berdigit ini boleh menghasilkan imej cetakan
dengan bantuan cathod ray tube. Cara ini imej yang dihasilkan menjadi
lebih
berkualiti kerana cerapan pada
tiga keadaan dilakukan dan dibuat
perbandingan.