Showing posts with label harap2 lulus. Show all posts
Showing posts with label harap2 lulus. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Imej apa pula ni.


Imej boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
1. Imej fotografi

2. Imej bukan fotografi

3. Imej satelit

4. Synthetic Aperture Radar (SAR)



Imej fotografi
Imej ini merupakan bentuk imej penderiaan jauh yang lama dimana kamera digunakan untuk menghasilkan diapositif atau gambar. Gambarnya
diambil samada daripada kapal terbang, satelit dan sebagainya. Imej
yang dihasilkan bergantung kepada jumlah cahaya yang dibalikkan serta jenis
filem yang digunakan.
Imej ini mengunakan penderia yang mengesan cahaya tampak dan
sedikit infra-red. Imej fotografi terbahagi kepada empat iaitu:

Fotografi hitam putih.
Fotografi warna.
Fotografi infra-red warna.
Fotografi infra-red hitam putih.
Fotografi Hitam Putih

Pendedahan cahaya dilakukan ke atas filem panchromatic. Imej yang
dihasilkan adalah dalam bentuk ton kelabu (grey tones).

Fotografi Warna
Pendedahan cahaya tampak dilakukan ke atas filem warna. Foto ini
boleh digunakan untuk penaksiran imej tetapi terdapat masalah seperti
perbelanjaan yang tinggi dan gangguan atmosfera yang tinggi terhadap filem
jenis ini.
Fotografi jenis ini sangat berguna untuk pengajian persisiran pantai,
kawasan pertanian dan klasifikasi tanah. Pengambaran udara diambil pada
ketinggian minima untuk menggurangkan kesan atmosfera.


Fotografi Warna Infra Merah
Berbeza dari filem lain kerana ianya lebih sensitif. Filem infra merah
boleh mengesan perbezaan yang sedikit pada imej di mana tidak boleh dilihat
oleh mata kasar.
Imej yang dihasilkan lebih terang (clearity) dari filem warna biasa. Ini
disebabkan keupayaan spektrum infra merah menembusi dan mengurangkan
kesan-kesan atmosfera. Imej yang dihasilkan akan kelihatan sedikit kemerahmerahan.

Fotografi Hitam Putih Infra Merah
Prinsipnya sama dengan infra merah, cuma ia menggunakan filem
panchromatic. Pantulan spektrum infra merah yang tinggi akan memberikan
ton yang terang (brightness) manakala pantulan yang rendah memberikan ton
yang lebih gelap. Ini kerana peratusan spektrum infra merah yang lebih tinggi
dihasilkan oleh objek.
Sebagai contoh kawasan pertanian akan menjadi ton yang lebih terang
kerana peratusan pembalikan spektrum yang lebih tinggi manakala kawasan
air menjadi lebih gelap kerana kesan penyerapan yang tinggi.
Imej yang dihasilkan lebih terang (clear) kerana kurangnya berlaku
kesan penyerakan pada spektrum infra merah.




Imej Bukan Fotografi
Merupakan imej untuk spektrum berjarak gelombang panjang seperti
infra merah termal dan radar serta imej berjarak gelombang yang lebih
pendek daripada sinaran tampak seperti ultra-violet. Imej ini berkembang
luas kerana ketinggian pelantar bertambah.
Penyerapan untuk jarak gelombang pendek adalah tinggi jika
dibanding dengan jarak gelombang panjang. Ini menyebabkan penderiaan
jarak gelombang pendek kurang popular kerana kesan atmosfera, tetapi
kadang kala juga digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Antara imej bukan
fotografi yang digunakan ialah :

RADAR (Radio Detecting and Ranging)
Merupakan penderiaan bukan fotografi yang popular. Penggunaan
radar berkembang luas semasa Perang Dunia Kedua. Ia merupakan
satu sistem penderiaan aktif (active remote sensing system).
Tenaga gelombang panjang dicipta dan dipancarkan kepada objek
dengan menggunakan antena (transmitter) dan kemudian dipantulkan
semula kepada penderia.
Jumlah tenaga yang dipantulkan kembali bergantung kepada saiz,
kekasaran (roughness) dan kandungan objek.
Apabila tenaga diterima oleh penderia ia ditukarkan kepada isyarat
elektronik dengan bantuan electronic signal processor.
Akhirnya dengan bantuan cathod ray tube (CRT) ia boleh ditukarkan ke
dalam bentuk hard copy.


Permukaan yang bersudut tepat dengan pancaran akan memberikan
jumlah tenaga pembalikan paling tinggi dan pada imej ton akan menjadi
terang. Manakala permukaan yang yang condong (oblique) akan memberikan
imej sedikit gelap dan permukaan yang terlindung akan memberikan imej
gelap yang dikenali sebagai bayang (shadow).

Ciri-ciri imej radar
Pengesanan adalah selari dalam satu garisan (Scan Lines) dan
bersudut tepat dengan arah penerbangan.
Ton terang dan gelap menggambarkan tindak balas radar dengan
permukaan bumi, iaitu jumlah tenaga yang dibalikkan.
Erotan akan menjadi lebih besar kepada imej yang mana kawasannya
lebih jauh dari arah penerbangan.

Radar merupakan teknik penderiaan yang baik untuk kawasan yang sukar
dideria seperti kawasan tropika, pergunungan, berawan tebal, ‘smog’ dan
jerebu.
Resolusi radar bergantung kepada panjang antena, lebar band, tinggi
pelantar, sudut objek dari penderiaan, jarak objek dan jenis objek.

Penderiaan Infra-Merah Termal
Semua objek di bumi memberi pembalikan haba yang unik dimana ia
boleh dicerap oleh penderia untuk menghasilkan imej. Penderiaan haba oleh
penderia ini dinamakan thermography iaitu pengukuran dan perekodan
perubahan haba (suhu) objek dibumi yang dikaji. Penderiaan ini adalah yang
paling popular kerana kebolehan menderia haba hingga ke dalam isi bumi.
Jarak gelombang yang digunakan ialah 3μm ~ 5μm dan 8μm ~ 14 μm.
Penderia pula dibuat dari bahan yang peka kepada perubahan suhu seperti
indium antinomide dan mercury cadnium telluride. Konsep deriaan adalah
sama dengan penderiaan bukan fotografi.


Penderiaan Ultraviolet
Merupakan penderiaan gelombang pendek (0.01-0.4 μm). Penderiaan
gelombang ini sukar dilaksanakan kerana kesan atmosfera iaitu penyerapan
yang tinggi.
Walau bagaimana pun imej foto masih boleh dihasilkan dengan
menggunakan alat (kamera) yang mempunyai kanta dan penapis khas yang
mana akan menghasilkan foto yang conventional.
Imej yang dihasilkan menjadi ton gelap untuk objek putih seperti salji
dan objek gelap akan menjadi ton terang.
Penderiaan ini popular untuk kerja-kerja pengawasan pencemaran
seperti tumpahan minyak.





Imej Satelit
Imej satelit boleh didapati dari penderia yang dipasang pada satelit.
Ianya dicipta untuk tujuan tertentu. Contohnya GEOS (Geostationery
Operation Earth Satelit) dicipta untuk tujuan kaji cuaca dan LANDSAT serta
SPOT dicipta untuk tujuan pemetaan.
Imej satelit boleh didapati dalam bentuk computer compatible tape
(CCT), filem (positif dan negatif) serta cetakan (paper print).
Untuk mendapatkan imej bagi sesuatu kawasan, nilai longitud dan
latitud kawasan tersebut perlu diketahui terlebih dahulu. Kodinit ini kemudian
dihubungkaitkan dengan koordinat orbit satelit untuk mendapatkan imej.
Contohnya LANDSAT menggunakan system kodinit Worldwide Reference
System (WRS). GPS – World Global System (WGS).




Synthetic Aparture RADAR (SAR)
Imej RADAR boleh diperbaiki kualitinya dengan beberapa teknik
seperti memanjangkan antena, merendahkan pelantar ataupun memendekan
jarak gelombang.
Akan tetapi memanjangkan antena dan merendahkan pelantar adalah
tidak praktikal kerana saiz pelantar yang terhad dan melibatkan coverage
imej. Jadi mengubah jarak gelombang dengan cara Doppler Shift adalah lebih
berkesan.
Doppller Shift bermaksud perubahan frekuensi pada pergerakan
pelantar menghampiri dan menjauhi objek. SAR menggunakan prinsip
Doppler Shift ini untuk mendapatkan imej.

Cara-cara penderiaan SAR
i) Sistem SAR bergerak dalam arah penerbangan, apabila objek berada
dalam kawasan (range) isyarat radar yang dikembalikan akan dikesan.
Oleh kerana kesan Doppler isyarat berfrekuensi tinggi akan dapat
dikesan (kedudukan A).

ii) Apabila objek berada disisi pelantar, isyarat yang diterima adalah sama
dengan yang dipantulkan, disini tidak berlaku kesan Doppler
(kedudukan B).

iii) Apabila objek berada dibelakang pelantar, oleh kerana kesan Doppler
maka isyarat berfrekuensi rendah dapat dikesan (kedudukan C).
Dari ketiga-tiga frekensi tersebut dibuat perbandingan dengan isyarat
rujukan. Perbandingan tersebut dihantar kepada pita magnetik dan disimpan
dalam bentuk digital. Nombor berdigit ini boleh menghasilkan imej cetakan
dengan bantuan cathod ray tube. Cara ini imej yang dihasilkan menjadi lebih
berkualiti kerana cerapan pada tiga keadaan dilakukan dan dibuat
perbandingan.

Monday, April 5, 2010

ALIRAN UDARA?? PERLU KE ??





Mengapa pengaliran udara penting didalam sesebuah komputer?

Kalau computer ada selalu saja buat ‘hal’, ada masalah la tu…mungkin suhu adalah salah satu masalahnya @ yang lain-lain….siapa tahu. TAPI..sebagai pemilik computer tak kira lah desktop atau laptop, anda harus tahu macam saya yg juga perlu tahu…APA YG ANDA peru TAHU???
KEPANASAN……Barang elektronik ni macam kita juga….kalau tak selesa ia akan meragam juga…mari la kit abaca sama-sama sebagai renungan…jangan harapkan computer cantik je, tapi kurang fungsi…
Jika anda ingin menggunakan INTEL atau selain itu, anda juga boleh menggunakan Athlon/AMD, tetapi anda perlu memastikan pengaliran udara didalam case komputer tersebut adalah baik. Athlon mengeluarkan haba yang lebih tinggi berbanding CPU keluaran Intel. Sebagai contoh jika anda menggunakan Atlon(Thunderbird core) 1GHz, ia perlu berada diparas 90dan kebawah. Bagaimanapun 90ini adalah nilai maksimum. Oleh itu adalah lebih baik untuk memastikan suhu didalam case computer anda diparas 60. Apabila suhu didalam komputer meningkat, perjalanan komputer anda tidak dapat bergerak dengan lancar. Ini adalah disebabkan oleh dua faktor. Faktor pertama bagi sesuatu pendawaian, peningkatan haba bererti peningkatan rintangan terhadap arus elektrik yang membawa maklumat. Kedua musuh utama bagi bahan-bahan semikonduktor adalah suhu yang tinggi. Pada suhu yang tinggi, chip semikonduktor tersebut akan mengalami perubahan 'band-gap' yang akan mempengaruhi pergerakan 'carrier' didalamnya. Kini kebanyakan case/frame bagi desktop computer diperbuat daripada aluminium, manakala frame bagi laptop diperbuat daripada magnesium. Aluminium dan magnesium digunakan kerana ia lebih ringan, tahan lasak dan tahap menyimpan haba yang rendah berbanding bahan lain. 

*****Sama2 la kita memasan kipas, benda2 yg boleh menyejukkan di computer kita, kalau nak senang bagi je ais...hehe yang tu jangan ikut saya tak nak bertanggungjawab kalau ada apa2 hal*****

Sunday, April 4, 2010

ROBOT


i.        Robot telah membawa satu dimensi baru dalam dunia proses pembuatan.
ii.      Robot merupakan pengendali pelbagai kegunaan yang boleh diaturcara dan mempunyai ciri-ciri kepandaian dan kebolehsuaian.
iii.    Berbanding dengan manusia, robot mampu melakukan kerja yang banyak dengan lebih cekap dan tepat.
iv.    Fungsi robot dalam system pengendalian bahan termasuklah pembungkusan, pemindahan benda kerja, pengagihan dan penyusunan, pengisian dan pemungahan (loading and unloading), dan pengendalian pallet.
v.      Penggunaan robot paling sesuai digunakan dalam operasi yang memerlukan kerja yang berulangan, mengendalikan benda kerja yang penting terutamanya dalam persekitaran yang merbahaya di mana sedikit kesilapan akan mengakibatkan kesan yang banyak.
vi.    Akan tetapi, robot adalah mahal. Dalam memilih sesebuah robot industry, perkara-perkara yang dipertimbangkan termasuklah kemungkinan penggunaannya pada masa hadapan, kos penyelenggaraan dan keperluan penggunaannya.




KEPENTINGAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN SECARA UMUM

Sistem pengendalian robot dalam industry pembuatan pada masa kini berkembang berikutan peningkatan penggunaan teknologi terkini. Kepentingan system ini boleh dilihat dari beberapa aspek seperti:

1.       Penigkatan kos tenaga buruh
Masalah peningkatan kos tenaga buruh biasanya dihadapi oleh Negara maju seperti Jepun dan Amerika.
Penigkatan kos buruh menyebabkan syarikat mengubah polisi agar menimumkan penggunaaan buruh. Kesannya system automasi akan digunakan bagi mengganti tenaga manusia.

2.       Peningkatan permintaan
Permintaan yang tinggi ke atas produk seperti kereta akan meningkatkan kadar pengeluaran produk.
Untuk meningkatkan kadar pengeluaran, pelbagai operasi proses umum pembuatan perlu diautomatikkan agar memendekkan masa pengeluaran dan seterusnya meningkatkan kuantiti pengeluaran. Hal demikian akan membawa kepada penggunaan perkakasan automatic. Ini termasuklah robot, kenderaan panduan automatic dan sebagainya.

3.       Persaingan global
Akibat persaingan global, syarikat – syarikat pengeluar utama akan bertanding dengan cara mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan murah.
Objektif tersebut akan mendorong kepada penggunaan system automatic iaitu robot di mana system robot mampu menimumkan kos per unit produk di samping meningkatkan kualiti produk.

4.       Penggunaan ruang kawasan kilang
Ruang kawasan kilang adalah terhad sekiranya melibatkan banyak operasi.
Melalui  penggunaan system pengendalian bahan secara automatic seperti robot, ruang kawasan dapat dijimatkan.

5.       Kemudahan pergerakan bahan kerja
Bahan kerja yang berat adalah lebih mudah dikendalikan oleh system robot berbanding tenaga manusia.
Bahan kerja dapat dipindahkan antara setesen kerja tanpa sebarang kesilapan.

6.       Kemudahan kawalan proses pengeluaran
Melalui penggunaan system robot, sebarang pengubahsuaian operasi hanya memerlukan pengubahan pada system robot. Sebaliknya jika tenaga manusia digunakan pengubahsuaian operasi perlu dikuti dengan latihan tenaga kerja.
Keseluruhan proses operasi kilang dapat dijangka dengan lebih tepat kerana pencapaian atau keupaian system robot adalah tetap walaupun beroperasi dalam tempoh masa yang panjang.

komunikasi tu penting ke...

 antara yg selalu bengong dalam modul komunikasi


Zaman kini telah masuk di dalam era komunikasi, yang di dalamnya sarat dengan penggunaan teknologi komunikasi yang makin lama makin canggih. Oleh karana itu manusia perlu mampu mengadaptasi terhadap teknologi yang berkembang disekitar kehidupannya agar tidak tidak seperti katak di bawah tempurung. Pepatah mengatakan bahwa sesiapa yang menguasai pengetahuan dan teknologi komunikasi serta mampu memanfaatkannya dalam kehidupannya, maka dialah orang paling beruntung. Perkembangan dalam teknologi komunikasi, membuat peralatan komunikasi yang kita gunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan berkualiti dapat dipenuhi. Hal ini dapat dirasakan dewasa ini dengan penggunaan radio, TV, HP, fax, computer, laptop, jaringan internet, penggunaan satelit komunikasi dan sebagainya dapat membantu keperluan kehidupan manusia semakin mudah. Hal ini membuat dunia seakan menjadi semakin sempit bahkan tanpa jarak, sehingga orang mampu mendapatkan informasi yang sangat cepat dan mudah dari jarak yang sangat jauh sekalipun. Bukti perkembangan di bidang penyedia informasi juga nampak dengan munculnya syarikat-syarikat radio swasta dan TV swasta di pelbagai Negara (cth ASTRO). Perkembangan tersebut membuka peluang yang banyak bagi tenaga kerja dalam bidang penyiaran iaitu sebagai pekerja penyedia informasi yang akan disiarkan melalui media komunikasi yang ada iaitu melalui media cetak mahupun elektronik seperti radio dan TV. Seseorang tenaga kerja dalam bidang penyiaran perlu memiliki pengetahuan tentang sistem komunikasi dan perkembangannya bermula dari sistem asas, sistem dengan kawalan saluran mahupun system yang menggunakan gelombang radio, gelombang mikro sehingga system yang menggunakan satelit. Di harapkan kemudahan yang di bangunkan oleh pihak kerajaan mampu meningkatkan kualiti pekerja. Selain itu diharapkan, warga politeknik mampu melahirkan pelajar2 yang mampu mengalas tugas2 yang diberikan. Oleh itu, diharapkan kelas DKE 6A (2010) mampu mengalas tugas ini….AMIN….

Wednesday, March 24, 2010

satelit apa plk ni...


apa benda plk ni....ni pun x tahu....kalau nak tahu baca dulu..
jangan marah ya...



MeaSAT 1 & MeaSAT 2

1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT

2.      Tarikh pelancaran
MeaSAT 1 dilancarkan pada 12 Januari 1996,  manakala satelit kedua MeaSAT 2 pula dilakukan pada 13 November 1996.

3.      Lokasi pelancaran
Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Kourou, French Guiana.

4.      Misi pelancaran
Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur. Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil. Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
Menggunakan roket Ariane

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
 Pulau Langkawi, Malaysia



TiungSAT
1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Di ambil sempena nama burung iaitu burung tiung.
2.      Tarikh pelancaran
Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro pertama negara Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan. 

3.      Lokasi pelancaran
Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

4.      Misi pelancaran
Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah. Menggunakan kenderaan pelancar roket Dnepr ke tahap ketinggian 650.4 kilometer pada orbit bumi (LEO) dengan membawa peralatan canggih termasuk sistem penghantaran data dan suara.

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

8.      Gambar berkenaan satelit tersebut

9.      Lain-lain maklumat
Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi. Tiung SAT digelar sebagai mikrosatelit




MeaSAT  3a
1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT

2.      Tarikh pelancaran
22 Jun 2009.

3.      Lokasi pelancaran
Di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan

4.      Misi pelancaran
Satelit berkenaan yang berupaya memberikan liputan lebih meluas di Asia Pasifik bagi perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan televisyen satelit, menyediakan perkhidmatan di Asia, Australia, Asia Barat, Eropah Timur dan Afrika, iaitu merangkumi 70 peratus penduduk dunia, MEASAT-3a akan menggantikan MEASAT-1 yang dijadualkan tamat operasinya pada 2015.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia).
Measat Satellite Systems Sdn Bhd.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar).
Mengunakan pelancar Zenit-3SLB, lokasi akhir pada 91.5 darjah Longitud Timur, seberat 2,417 kilogram.

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
Pulau Langkawi, Malaysia

8.      Gambar berkenaan satelit tersebut

9.      Lain-lain maklumat
MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan pada Ogos 2008 tetapi kemalangan kren merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dibawa kembali ke Dulles di Washington untuk dibaiki. Dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika.



RazakSAT
1.      Signifikan nama satelit diperolehi
Nama asal RazakSat ialah MacSat kerana mengambil singkatan teknologi optik yang digunakan iaitu Kamera Aperture Bersaiz Sederhana. Telah ditukar pada tahun 2003,  Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar MacSat ke RazakSat sempena mengambil nama bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengenang jasa beliau dalam membangunkan negara sesuai dengan gelaran (Bapa Pembangunan).

2.      Tarikh pelancaran
 Dilancarkan pada 14 Julai 2009

3.      Lokasi pelancaran
Kwajalein Atoll di Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.


4.      Misi pelancaran
RazakSAT adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa. Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau lebih dikenali sebagai MAC.  Ia sejenis kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra). Memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO.

5.      Organisasi yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
RazakSAT dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

6.      Spesiflkasi satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
Satelit seberat 180 kilogram, Altitude: 685 km, Inclination: 9 ° ,Payload (MAC): GSD : 2.5 m (PAN), 5 m (MS) Swathwidth : 20 km @ 685 km. Membawa bersamanya kamera berresolusi tinggi yang digunakan untuk melakukan teknik penderiaan jauh, menggunakan pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX),

7.      Lokasi stesen kawalan di bumi
Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS). MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSAT, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSAT sebelum diedarkan kepada pengguna.

8.      Gambar berkenaan satelit tersebut
9.      Lain-lain maklumat
Pelancaran  berjalan lancar selepas empat jam tertangguh bagi memenuhi keperluan teknikal.