Wednesday, May 26, 2010
Tabiat Kita
Assalamualaikum..w.b.t..
Semoga anda sekalian
sihat dan sentiasa memajukan diri. Sebelum saya mengulas lebih panjang tentang
perkara yang saya ingin sampaikan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada saudari Yuziana Binti Yusof
Kerana telah berkongsi ilmu dengan saya. (EH macam guru
agama ustadz pulak). OK mari kita mulakan apa yang kita nak kongsikan bersama
hari ini.
Terdapat
beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih
khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada
kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab
Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah
Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai
hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat. (yang paling penting perlu diberperhatian)
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai. 17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut. (mcm saya la tu...)
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. (pembinaan tandas kat malaysia tidak menitik beratkan perkara ini)
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
********BERSAMA – SAMA LA KITA
MENGUBAH DIRI (TABIAT) KITA AGAR MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK. SAYA PUN SELALU
BUAT KESALAHAN SEPERTI YANG DINYATAKAN. TETAPI PERUBAHAN PERLU ADA. KALAU TAK
DAPAT BUAT BUANG TABIAT KITA SEKALI GUS PUN TAK APA JANJI SETIAP HARI @ MINGGU@
BULAN PERLU ADA PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK. (HANYA MENYAMPAIKAN APA YANG
DI FIKIRKAN BETUL). AMIN......********
Tuesday, May 25, 2010
KHUTBAH ONLINE
Assalamualaikum.....
Kepada semua kaum muslim atau bukan muslim. Hari ini saya
ingin berkongsi dengan anda tentang satu laman wab yang biasa saya kunjungi
untuk mendapatkan khutbah-khutbah jumaat baru. Mungkin ada yang sudah tahu atau
mungkin ada yang belum tahu.
Semoga kita semua dapat manfaat dari maklumat ini.
Kemungkinan ada yang ingin muat turun khutbah jumaat baru untuk kampung, bapa,
sekolah atau sebagai bacaan untuk mepertingkatkan lagi ilmu pengetahuan. Hal
ini kerana, khutbah merupakan ilmu yang di sampaikan semasa hari jumaat iaitu
wajib sebelum sembahayang 2 rakaat. Tetapi kalau nak membacanya pada hari lain
pun tak menjadi masalah.
Bersama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri. AMIN.
Monday, May 17, 2010
bila aku buat "HAL"
aik??? makan apa tu...haha macam ni la kalau nak lepaskan geram.....
makan banyak2 lepas tu jalan2.....GERAM??? haha geram tak ada masa nak jalan2.
jemput makan....ya ya makan tapi kena bayar dulu la ye.....
tak dapat bergambar dgn orangnya.... bergambar dengan gambar pon jadi lah....hahah....muka tak tahu malu
pergi tengok cerita la kalau nak enjoy....
kalau cerita hantu ada berani ke..... kalo bawa awek mungkin boleh cuba tengok....
kita tengok siapa yang menjerit dahulu.....
.rasanya aku ke.......haha...
hahaha,,,,ada hati nak tengok dengan awek....awek pon tak ada...
cermin la muka tu cikit.....
yang ni mungkin boleh la....cerita "panas" ni.....jangan lepaskan peluang.....
harga?
lain cerita....
tgk dulu orang lain tolong bayarkan....
mula la tu buat hal....merayau2 tengah2 malam.....sempat buat promo lagi tu....dah la tak di bayar buat promo.....kita yang kena bayar....adoh2..pening kepala...
Friday, May 7, 2010
KENAF TU APA BENDA??
Tahukah anda???
Saya pun baru tahu ni....tentang pokok KENAF.. ia adalah sejenis pokok yang
digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagainya....serta yang paling penting
ia bebas klorin...kalau nak tahu lebih lanjut baca terus....jangan beralih
dahulu...membaca itu jambatan ilmu...
Kenaf
adalah sejenis pohon berusia 4,000
tahun
yang berakar umbi di Afrika zaman
silam.
Pohon ini daripada keluarga pokok
bunga
raya, dan mempunyai pertalian dengan
pokok
kapas dan bendi, serta tumbuh subur
di
banyak tempat di Amerika Syarikat.
Dengan
pohon Kenaf kita dapat membuat
kertas
tanpa menebang pokok.
Pohon
Kenaf cepat tumbuh, dan mencapai
ketinggian
12-14 kaki dalam masa sesingkat 4
hingga
5 bulan. Kajian Jabatan Pertanian
Amerika
Syarikat menunjukkan pohon kenaf
menghasilkan
gentian kering sebanyak 6
hingga
10 tan setiap ekar setahun, iaitu
umumnya
3 hingga 5 kali lebih banyak
daripada
penghasilan pohon Pinus Selatan.
Setelah
dituai, seluruh pohon kenaf diproses
dalam
alat pemisah gentian mekanikal, sama
seperti
mesin kapas. Pemisahan dua gentian
membolehkan
pemprosesan dilakukan secara
bebas
dan menghasilkan bahan mentah bagi
sebilangan
produk termasuk kertas, papan
zarahan,
bahan tidur haiwan dan bantuan
bioremidiasi.
Saturday, May 1, 2010
A.C.A.B- Genggam
Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Kesabaran mengiringi
Menanti terbitnya mentari
Pernahku masih mengejar impian ini
Harapanku ini masih belum lagi mati
Tak mudah melupai
Erti perjuangan ini
Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula
Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Percaya kataku ini
Kan kubawa kau kembali
Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula (Ulang 2x)
Subscribe to:
Posts (Atom)