Zaman kini telah masuk di dalam era komunikasi, yang di dalamnya sarat dengan penggunaan teknologi komunikasi yang makin lama makin canggih. Oleh karana itu manusia perlu mampu mengadaptasi terhadap teknologi yang berkembang disekitar kehidupannya agar tidak tidak seperti katak di bawah tempurung. Pepatah mengatakan bahwa sesiapa yang menguasai pengetahuan dan teknologi komunikasi serta mampu memanfaatkannya dalam kehidupannya, maka dialah orang paling beruntung. Perkembangan dalam teknologi komunikasi, membuat peralatan komunikasi yang kita gunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan berkualiti dapat dipenuhi. Hal ini dapat dirasakan dewasa ini dengan penggunaan radio, TV, HP, fax, computer, laptop, jaringan internet, penggunaan satelit komunikasi dan sebagainya dapat membantu keperluan kehidupan manusia semakin mudah. Hal ini membuat dunia seakan menjadi semakin sempit bahkan tanpa jarak, sehingga orang mampu mendapatkan informasi yang sangat cepat dan mudah dari jarak yang sangat jauh sekalipun. Bukti perkembangan di bidang penyedia informasi juga nampak dengan munculnya syarikat-syarikat radio swasta dan TV swasta di pelbagai Negara (cth ASTRO). Perkembangan tersebut membuka peluang yang banyak bagi tenaga kerja dalam bidang penyiaran iaitu sebagai pekerja penyedia informasi yang akan disiarkan melalui media komunikasi yang ada iaitu melalui media cetak mahupun elektronik seperti radio dan TV. Seseorang tenaga kerja dalam bidang penyiaran perlu memiliki pengetahuan tentang sistem komunikasi dan perkembangannya bermula dari sistem asas, sistem dengan kawalan saluran mahupun system yang menggunakan gelombang radio, gelombang mikro sehingga system yang menggunakan satelit. Di harapkan kemudahan yang di bangunkan oleh pihak kerajaan mampu meningkatkan kualiti pekerja. Selain itu diharapkan, warga politeknik mampu melahirkan pelajar2 yang mampu mengalas tugas2 yang diberikan. Oleh itu, diharapkan kelas DKE 6A (2010) mampu mengalas tugas ini….AMIN….
apa benda plk ni....ni pun x tahu....kalau nak tahu baca dulu.. jangan marah ya...
MeaSAT 1
& MeaSAT 2
1.Signifikan
nama satelit diperolehi
Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT
2.Tarikh
pelancaran
MeaSAT 1 dilancarkan pada 12 Januari 1996, manakala satelit
kedua MeaSAT 2 pula dilakukan pada 13 November 1996.
3.Lokasi
pelancaran
Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Kourou, French Guiana.
4.Misi
pelancaran
Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah
(DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas
yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur.
Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke
rumah pengguna menggunakan antena kecil. Perkhidmatan komunikasi asas pula
termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian
perniagaan.
5.Organisasi
yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan
oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang
Sdn. Bhd.
6.Spesiflkasi
satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
Menggunakan roket Ariane
7.Lokasi
stesen kawalan di bumi
Pulau Langkawi, Malaysia
TiungSAT
1.Signifikan
nama satelit diperolehi
Di ambil sempena nama burung iaitu burung tiung.
2.Tarikh
pelancaran
Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro
pertama negara Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.
3.Lokasi
pelancaran
Berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.
4.Misi
pelancaran
Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan
bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan
juga aplikasi komunikasi.
5.Organisasi
yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan,
Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.
6.Spesiflkasi
satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm
yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi
dengan kecondongan sebanyak 65 darjah. Menggunakan kenderaan pelancar roket
Dnepr ke tahap ketinggian 650.4 kilometer pada orbit bumi (LEO) dengan membawa
peralatan canggih termasuk sistem penghantaran data dan suara.
7.Lokasi
stesen kawalan di bumi
Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem
kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia
akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan
TiungSAT-1.
8.Gambar
berkenaan satelit tersebut
9.Lain-lain
maklumat
Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang
mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan
resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi. Tiung SAT digelar
sebagai mikrosatelit
MeaSAT 3a
1.Signifikan
nama satelit diperolehi
Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT
2.Tarikh
pelancaran
22 Jun 2009.
3.Lokasi
pelancaran
Di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan
4.Misi
pelancaran
Satelit berkenaan yang berupaya memberikan liputan lebih meluas di
Asia Pasifik bagi perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan televisyen
satelit, menyediakan perkhidmatan di Asia, Australia, Asia Barat, Eropah Timur
dan Afrika, iaitu merangkumi 70 peratus penduduk dunia, MEASAT-3a akan
menggantikan MEASAT-1 yang dijadualkan tamat operasinya pada 2015.
5.Organisasi
yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia).
Measat Satellite Systems Sdn Bhd.
6.Spesiflkasi
satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar).
Mengunakan pelancar Zenit-3SLB, lokasi akhir pada 91.5 darjah
Longitud Timur, seberat 2,417 kilogram.
7.Lokasi
stesen kawalan di bumi
Pulau Langkawi, Malaysia
8.Gambar
berkenaan satelit tersebut
9.Lain-lain
maklumat
MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan pada Ogos 2008 tetapi kemalangan
kren merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dibawa
kembali ke Dulles di Washington untuk dibaiki. Dikeluarkan oleh Orbital
Sciences Corp of Dulles, Amerika.
RazakSAT
1.Signifikan
nama satelit diperolehi
Nama
asal RazakSat ialah MacSat kerana mengambil singkatan teknologi optik yang
digunakan iaitu Kamera Aperture Bersaiz Sederhana. Telah ditukar pada tahun
2003, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr.
Mahathir Mohamad menukar MacSat ke RazakSat sempena mengambil nama bekas
Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengenang jasa beliau
dalam membangunkan negara sesuai dengan gelaran (Bapa Pembangunan).
2.Tarikh
pelancaran
Dilancarkan pada 14 Julai
2009
3.Lokasi
pelancaran
Kwajalein Atoll di Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.
4.Misi
pelancaran
RazakSAT adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya
membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia
serta negara di lingkungan khatulistiwa. Satelit ini membawa muatan
elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau
lebih dikenali sebagai MAC. Ia sejenis
kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu
pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra).
Memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi
pertama dilancarkan ke NEqO.
5.Organisasi
yang bertanggungjawab untuk pelancaran satelit (dalam Malaysia)
RazakSAT dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic
Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.
6.Spesiflkasi
satelit (cth, berat, jarak dari bumi, nama roket penghantar)
Satelit
seberat 180 kilogram, Altitude: 685 km, Inclination: 9 ° ,Payload (MAC): GSD :
2.5 m (PAN), 5 m (MS) Swathwidth : 20 km @ 685 km. Membawa bersamanya kamera
berresolusi tinggi yang digunakan untuk melakukan teknik penderiaan jauh, menggunakan
pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX),
7.Lokasi
stesen kawalan di bumi
Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di
Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan
Pemprosesan Imej (IRPS). MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan
misi RazakSAT, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit
manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSAT
sebelum diedarkan kepada pengguna.
8.Gambar
berkenaan satelit tersebut
9.Lain-lain
maklumat
Pelancaran berjalan lancar
selepas empat jam tertangguh bagi memenuhi keperluan teknikal.
oPenggunaan
biasa adalah untuk perkhidmatan telekomunikasi jarak jauh (alternatif bagi
coaxial cable dan fiber optik)
§Fasiliti
gelombang mikro memerlukan jarak antara amplifier atau repeater yang jauh serta
bilangan yang kecil, tetapi memerlukan penghantaran line-of-sight.
Digunakan
untuk penghantaran suara dan televisyen.
oBoleh juga
digunakan untuk jarak dekat point-to-point yang menyambungkan antara bangunan berdekatan.
Closed-circuit TV (CCTV)
Pautan data antara LAN
By-pass aplication (gunakan telekomunikasi jarak
jauh untuk perniagaan, menggantikan syarikat telefon tempatan)
oJika
frekuensi lebih tinggi, lebarjalur lebih tinggi dan kadar data lebih tinggi.
oKehilangan
utama disebabkan pemerosotan (juga bagi frekuensi radio).
§Kehilangan, L = 10 log (4Ï€d/λ)2 db.
oJarak antara
amplifier atau repeater antara 10 ke 100 km.
oPemerosotan
bertambah bila hujan, kesan ini ketara bagi frekuensi melebihi 10 GHz.
oKerosakan
juga boleh disebabkan oleh gangguan, semakin banyak gelombang mikro digunakan,
makin banyak gangguan, jadi perlu pilih frekuensi khusus.
oJulat
frekuensi biasa bagi telekomunikasi jarak jauh ialah antara 4 GHz ke 6
GHz.(sekarang sehingga 11 GHz)
oJalur 12 GHz
digunakan untuk sistem TV kabel.
oPautan
gelombang mikro menyediakan isyarat TV kepada sistem pemasangan CATV tempatan,
isyarat disebarkan kepada subscriber khusus melalui kabel coaxial.
oFrekuensi
lebih tinggi (22 GHz) digunakan untuk pautan point-to-point jarak dekat antara
bangunan.
oFrekuensi
tinggi tidak begitu berguna untuk jarak jauh sebab kesan pemerosotan yang
tinggi, tetapi memerlukan antena lebih kecil dan murah (sesuai untuk jarak
dekat)
oJika kurang
daripada 1 GHz, kesan hingar agak ketara disebabkan punca– punca semulajadi
seperti hingar galaksi, solar dan atmosfera atau punca daripada peranti-peranti
elektronik.
oKebanyakan
satelit memberi perkhidmatan point-to-point dengan lebarjalur 5.925 hingga
6.425 GHz (uplink) dan 4.7 hingga GHz (downlink).
oKombinasi ini
dinamakan jalur 4/6 GHz.
oFrekuensi
berbeza untuk mengelak gangguan.
oJalur
frekuensi ini terhad kerana kebanyakannya sama dengan jalur frekuensi bagi
gelombang mikro terrestrial.
oJalur 12/14
GHz (14 hingga 14.5 GHz uplink, 11.7 hingga 14.2 GHz - downlink) diwujudkan
untuk mengatasinya.
oKesan
pemerosotan pula perlu diatasi.
oJalur ini
juga terhad.
oJalur 19/29
GHz diwujudkan (uplink : 27.5 hingga 31.0 GHz, downlink : 17.7 hingga 21.2 GHz)
oJarak yang
jauh, berlaku lengah (propagation delay) sebanyak 0.25 saat.
1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang
daripada
Sultan Kedah.
1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas
untuk
Britain di Singapura.
1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi
menyerahkan Melaka kepada Inggeris.
1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran
Inggeris
dengan panggilan Negeri-negeri Selat.
1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.
1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.
1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara
(sekarang Sabah).
1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.
1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada
Perak,
Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan
pendidikan
kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.
1915-1941 Tanda-tanda awal semangat
nasionalisme mula dirasai bila British
mengamalkan dasar pecah dan perintah.
1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.
1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.
1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah
Melayu dengan ketibaan dan
pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.
1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua.
British
kembali ke Tanah Melayu.
1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi
dibantah
keras orang-orang Melayu.
1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO).
1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman
Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.
1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti
Malaya
dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.
1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan
raya
bandaran pertama di Kuala Lumpur.
1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-
Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.
1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk
menuntut
kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.
1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan
lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku
Abdul Rahman
dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang
pertama.
1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk
mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan
kemerdekaan.
kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.
1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan
memorandum
yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara
kaum di negara
ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan
Raja-Raja
Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan
istimewa
orang Melayu dan kerakyatan sama rata..
1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul
Rahman
Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak
Hussein menjadi
timbalannya.
1957 Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong”
bagi Ketua
Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi
Yang di-
Pertuan Agong pertama.
1959 Yang di-Pertuan Agong merasmikan kampus Universiti Malaya di Kuala
Lumpur.
1961 Tunku Abdul Rahman mengusulkan penubuhan Malaysia, yang merangkumi
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan
Sarawak.
1963 Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi
Semenanjung
Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.
1965 Singapura keluar dari Malaysia lalu menjadi sebuah negara merdeka.
1969 Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya
Persekutuan.
Keadaan darurat diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
ditubuhkan,
diketuai Dato’ Abd Razak. Di bawah MAGERAN, keamanan dipulihkan dan
urusan
seharian kembali seperti sedia kala di ibu negara.
1970 Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan. Dato’ Abd Razak mengambil
alih
sebagai Perdana Menteri Kedua.
1970 Universiti Kebangsaan Malaysia dibuka di Kuala Lumpur.
1970 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mewujudkan keseimbangan
ekonomi
di kalangan rakyat.
1971 Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) yang pertama.
1976 Tun Abd Razak meninggal dunia di London. Dato’ Hussein Onn
menggantikan
tempatnya sebagai Perdana Menteri Ketiga.
1981 Dato’ Hussein Onn meletak jawatan dan melantik Dato’ Seri Dr
Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.
1985 Malaysia memulakan peralihan ekonomi dari yang berasaskan pertanian
ke
ekonomi berasaskan industri kilang. Kereta nasional pertama, Proton
Saga
dikeluarkan dari kilang pembuatan di Shah Alam.
1996 Malaysia melancarkan satelit pertamanya, Malaysia East Asia
Satellite
(MEASAT) dan siaran TV satelit pertama.
1997 Sistem Transit Rel Ringan (LRT) pertama negara dilancarkan di Kuala
Lumpur.
1997 Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur setinggi 425m muncul
sebagai
bangunan tertinggi di dunia.
1998 Kegawatan ekonomi melanda dunia, namun Kuala Lumpur berjaya menjadi
ibukota negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.
1999 Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai Pusat
Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
1999 Sistem transit rel ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di
dunia, Putra-
LRT dilancarkan di Kuala Lumpur dan kawasan sub-bandarnya.
1999 Litar Antarabangsa Sepang dibuka; Malaysia menganjurkan Grand Prix
Formula Satu buat kali pertama, yang ditaja syarikat minyak negara,
Petronas.
2000 Malaysia menyambut alaf baru sambil melangkah keluar dari
kemelesetan
ekonomi dengan daya dan gaya tersendiri.
2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak XIII Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur.
2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sesi Ke-10 Sidang Kemuncak
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya.
2003 Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepimpinan Malaysia
kepada
Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu peralihan kuasa yang berjalan lancer.
2004 Kejadian bancana alam melanda Malaysia iaitu Tsunami.
2004 PM baru iaitu Najib, dilahirkan pada 23 Julai, 1953 dan beliau
muda 14 tahun daripada Abdullah, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
yang dilantik sejak 7 Januari 2004, selain menjadi ahli parlimen Pekan, Pahang.
Beliau adalah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun
Abdul Razak Dato' Hussein.
2009 Pelancaran Razak SAT. Satelit Malaysia yang
termuda. Dilancarkan pada Julai 2009. Membawa bersamanya kamera berresolusi
tinggi yang digunakan untuk melakukan teknik penderiaan jauh.