Thursday, June 17, 2010

Imej apa pula ni.


Imej boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
1. Imej fotografi

2. Imej bukan fotografi

3. Imej satelit

4. Synthetic Aperture Radar (SAR)



Imej fotografi
Imej ini merupakan bentuk imej penderiaan jauh yang lama dimana kamera digunakan untuk menghasilkan diapositif atau gambar. Gambarnya
diambil samada daripada kapal terbang, satelit dan sebagainya. Imej
yang dihasilkan bergantung kepada jumlah cahaya yang dibalikkan serta jenis
filem yang digunakan.
Imej ini mengunakan penderia yang mengesan cahaya tampak dan
sedikit infra-red. Imej fotografi terbahagi kepada empat iaitu:

Fotografi hitam putih.
Fotografi warna.
Fotografi infra-red warna.
Fotografi infra-red hitam putih.
Fotografi Hitam Putih

Pendedahan cahaya dilakukan ke atas filem panchromatic. Imej yang
dihasilkan adalah dalam bentuk ton kelabu (grey tones).

Fotografi Warna
Pendedahan cahaya tampak dilakukan ke atas filem warna. Foto ini
boleh digunakan untuk penaksiran imej tetapi terdapat masalah seperti
perbelanjaan yang tinggi dan gangguan atmosfera yang tinggi terhadap filem
jenis ini.
Fotografi jenis ini sangat berguna untuk pengajian persisiran pantai,
kawasan pertanian dan klasifikasi tanah. Pengambaran udara diambil pada
ketinggian minima untuk menggurangkan kesan atmosfera.


Fotografi Warna Infra Merah
Berbeza dari filem lain kerana ianya lebih sensitif. Filem infra merah
boleh mengesan perbezaan yang sedikit pada imej di mana tidak boleh dilihat
oleh mata kasar.
Imej yang dihasilkan lebih terang (clearity) dari filem warna biasa. Ini
disebabkan keupayaan spektrum infra merah menembusi dan mengurangkan
kesan-kesan atmosfera. Imej yang dihasilkan akan kelihatan sedikit kemerahmerahan.

Fotografi Hitam Putih Infra Merah
Prinsipnya sama dengan infra merah, cuma ia menggunakan filem
panchromatic. Pantulan spektrum infra merah yang tinggi akan memberikan
ton yang terang (brightness) manakala pantulan yang rendah memberikan ton
yang lebih gelap. Ini kerana peratusan spektrum infra merah yang lebih tinggi
dihasilkan oleh objek.
Sebagai contoh kawasan pertanian akan menjadi ton yang lebih terang
kerana peratusan pembalikan spektrum yang lebih tinggi manakala kawasan
air menjadi lebih gelap kerana kesan penyerapan yang tinggi.
Imej yang dihasilkan lebih terang (clear) kerana kurangnya berlaku
kesan penyerakan pada spektrum infra merah.




Imej Bukan Fotografi
Merupakan imej untuk spektrum berjarak gelombang panjang seperti
infra merah termal dan radar serta imej berjarak gelombang yang lebih
pendek daripada sinaran tampak seperti ultra-violet. Imej ini berkembang
luas kerana ketinggian pelantar bertambah.
Penyerapan untuk jarak gelombang pendek adalah tinggi jika
dibanding dengan jarak gelombang panjang. Ini menyebabkan penderiaan
jarak gelombang pendek kurang popular kerana kesan atmosfera, tetapi
kadang kala juga digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Antara imej bukan
fotografi yang digunakan ialah :

RADAR (Radio Detecting and Ranging)
Merupakan penderiaan bukan fotografi yang popular. Penggunaan
radar berkembang luas semasa Perang Dunia Kedua. Ia merupakan
satu sistem penderiaan aktif (active remote sensing system).
Tenaga gelombang panjang dicipta dan dipancarkan kepada objek
dengan menggunakan antena (transmitter) dan kemudian dipantulkan
semula kepada penderia.
Jumlah tenaga yang dipantulkan kembali bergantung kepada saiz,
kekasaran (roughness) dan kandungan objek.
Apabila tenaga diterima oleh penderia ia ditukarkan kepada isyarat
elektronik dengan bantuan electronic signal processor.
Akhirnya dengan bantuan cathod ray tube (CRT) ia boleh ditukarkan ke
dalam bentuk hard copy.


Permukaan yang bersudut tepat dengan pancaran akan memberikan
jumlah tenaga pembalikan paling tinggi dan pada imej ton akan menjadi
terang. Manakala permukaan yang yang condong (oblique) akan memberikan
imej sedikit gelap dan permukaan yang terlindung akan memberikan imej
gelap yang dikenali sebagai bayang (shadow).

Ciri-ciri imej radar
Pengesanan adalah selari dalam satu garisan (Scan Lines) dan
bersudut tepat dengan arah penerbangan.
Ton terang dan gelap menggambarkan tindak balas radar dengan
permukaan bumi, iaitu jumlah tenaga yang dibalikkan.
Erotan akan menjadi lebih besar kepada imej yang mana kawasannya
lebih jauh dari arah penerbangan.

Radar merupakan teknik penderiaan yang baik untuk kawasan yang sukar
dideria seperti kawasan tropika, pergunungan, berawan tebal, ‘smog’ dan
jerebu.
Resolusi radar bergantung kepada panjang antena, lebar band, tinggi
pelantar, sudut objek dari penderiaan, jarak objek dan jenis objek.

Penderiaan Infra-Merah Termal
Semua objek di bumi memberi pembalikan haba yang unik dimana ia
boleh dicerap oleh penderia untuk menghasilkan imej. Penderiaan haba oleh
penderia ini dinamakan thermography iaitu pengukuran dan perekodan
perubahan haba (suhu) objek dibumi yang dikaji. Penderiaan ini adalah yang
paling popular kerana kebolehan menderia haba hingga ke dalam isi bumi.
Jarak gelombang yang digunakan ialah 3μm ~ 5μm dan 8μm ~ 14 μm.
Penderia pula dibuat dari bahan yang peka kepada perubahan suhu seperti
indium antinomide dan mercury cadnium telluride. Konsep deriaan adalah
sama dengan penderiaan bukan fotografi.


Penderiaan Ultraviolet
Merupakan penderiaan gelombang pendek (0.01-0.4 μm). Penderiaan
gelombang ini sukar dilaksanakan kerana kesan atmosfera iaitu penyerapan
yang tinggi.
Walau bagaimana pun imej foto masih boleh dihasilkan dengan
menggunakan alat (kamera) yang mempunyai kanta dan penapis khas yang
mana akan menghasilkan foto yang conventional.
Imej yang dihasilkan menjadi ton gelap untuk objek putih seperti salji
dan objek gelap akan menjadi ton terang.
Penderiaan ini popular untuk kerja-kerja pengawasan pencemaran
seperti tumpahan minyak.





Imej Satelit
Imej satelit boleh didapati dari penderia yang dipasang pada satelit.
Ianya dicipta untuk tujuan tertentu. Contohnya GEOS (Geostationery
Operation Earth Satelit) dicipta untuk tujuan kaji cuaca dan LANDSAT serta
SPOT dicipta untuk tujuan pemetaan.
Imej satelit boleh didapati dalam bentuk computer compatible tape
(CCT), filem (positif dan negatif) serta cetakan (paper print).
Untuk mendapatkan imej bagi sesuatu kawasan, nilai longitud dan
latitud kawasan tersebut perlu diketahui terlebih dahulu. Kodinit ini kemudian
dihubungkaitkan dengan koordinat orbit satelit untuk mendapatkan imej.
Contohnya LANDSAT menggunakan system kodinit Worldwide Reference
System (WRS). GPS – World Global System (WGS).




Synthetic Aparture RADAR (SAR)
Imej RADAR boleh diperbaiki kualitinya dengan beberapa teknik
seperti memanjangkan antena, merendahkan pelantar ataupun memendekan
jarak gelombang.
Akan tetapi memanjangkan antena dan merendahkan pelantar adalah
tidak praktikal kerana saiz pelantar yang terhad dan melibatkan coverage
imej. Jadi mengubah jarak gelombang dengan cara Doppler Shift adalah lebih
berkesan.
Doppller Shift bermaksud perubahan frekuensi pada pergerakan
pelantar menghampiri dan menjauhi objek. SAR menggunakan prinsip
Doppler Shift ini untuk mendapatkan imej.

Cara-cara penderiaan SAR
i) Sistem SAR bergerak dalam arah penerbangan, apabila objek berada
dalam kawasan (range) isyarat radar yang dikembalikan akan dikesan.
Oleh kerana kesan Doppler isyarat berfrekuensi tinggi akan dapat
dikesan (kedudukan A).

ii) Apabila objek berada disisi pelantar, isyarat yang diterima adalah sama
dengan yang dipantulkan, disini tidak berlaku kesan Doppler
(kedudukan B).

iii) Apabila objek berada dibelakang pelantar, oleh kerana kesan Doppler
maka isyarat berfrekuensi rendah dapat dikesan (kedudukan C).
Dari ketiga-tiga frekensi tersebut dibuat perbandingan dengan isyarat
rujukan. Perbandingan tersebut dihantar kepada pita magnetik dan disimpan
dalam bentuk digital. Nombor berdigit ini boleh menghasilkan imej cetakan
dengan bantuan cathod ray tube. Cara ini imej yang dihasilkan menjadi lebih
berkualiti kerana cerapan pada tiga keadaan dilakukan dan dibuat
perbandingan.