Ramai kaum wanita yang culas melakukan
aktiviti seks terutama sekali bagi wanita yang bekerja. Kepenatan menjadi
alasan buat wanita ini agar malam-malam mereka tidak diganggu. Kalau mahu
mengadakan seks sekalipun biarlah dilakukan seminggu sekali ataupun dua minggu
sekali. Rutin sebegini dianggap tidaklah memenatkan.
Tapi selepas ini mereka yang termasuk dalam kategori malas berhubungan seks berfikir sekali lagi tentang sikap tersebut. Sikap itu menyebabkan anda kerugian sesuatu yang cukup berharga dalam hidup iaitu tubuh yang sihat, awet muda dan badan yang langsing.
Sebenarnya inilah manfaat yang akan diperoleh sekiranya anda melakukan seks secara teratur setiap minggu. Kebaikan seks teratur bukan setakat tiga perkara ini saja, ada banyak lagi. MW menyenaraikannya untuk anda agar selepas ini anda lebih rajin melakukan seks. Jadi selepas ini jangan lagi menolak ajakan seks.
Katakan ya kepada seks!
10 manfaat seks teratur
1. Awet muda
Menurut kajian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu akan dilihat empat sampai tujuh tahun lebih muda dari usia sebenar. Sebabnya seks merupakan bentuk olahraga yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti lebih banyak oksigen yang dihantar ke tubuh melalui darah selain membawa nutrisi ke permukaan kulit.
2. Tubuh jadi cergas
Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, tapi anda tetap dapat membakar banyak aktiviti melalui rutin ini. Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan anda juga olahraga otot-otot secara menyeluruh.
3. Kekal langsing
Hubungan seksual meningkatkan tahap insulin seperti faktor penggalak (IGF) yakni hormon yang dapat mengawal aktiviti enzim dalam sel-sel yang bertanggung jawab pada metabolisme lemak. Tahap IGF lebih tinggi akan membantu menghancurkan lapisan lemak.
4. Meningkatkan kekebalan
Kajian telah menunjukkan bahawa orgasma dapat membantu merangsang sistem kekebalan. Ia meningkatkan tahap T3 dan T4 sel lymphocyte iaitu sejenis sel darah putih yang dapat menghasilkan antibodi dan menyerang jangkitan sebanyak 20 peratus.
5. Meningkatkan mood
Ketika seorang wanita mencapai orgasma, mereka mengeluarkan hormon seks yang disebut oksitoksin. Ia dihasilkan oleh bahagian dasar otak. Hormon ini dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kemesraan dan saling mendorong yang membantu meningkatkan pertalian di antara dua insan.
6. Mengurangkan tekanan
Ada bukti ilmiah yang kuat bahawa orgasma dapat menyumbang kepada pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia yang dikeluarkan otak serta bertindak sebagai penahan sakit yang efektif.
7. Membantu mencegah penyakit jantung
Seks memiliki kebaikan khusus bagi lelaki, terutama jika mereka berumur 40 tahun ke atas. Rutin seks yang teratur dapat membantu meningkatkan hormon testosteron sekali gus melindungi jantung.
8. Membantu kelancaran perjalanan darah
Seks adalah olahraga yang dapat meningkatkan perjalanan darah. Ia akan membantu oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah dengan lebih mudah.
9. Memanjangkan umur
Sekiranya seks teratur mampu memberikan tubuh dan kehidupan lebih sihat sudah tentunya risiko penyakit akan semakin kurang. Umur juga jika diizinkan Tuhan akan lebih panjang.
10. Menurunkan risiko kehamilan
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 mendapati bahawa wanita yang melakukan seks dalam hubungan jangka panjang memiliki risiko komplikasi lebih kecil dalam masa kehamilan.
YANG BELUM KAWEN. JANGAN NAK MEMANDAI MANDAI PULAK. YANG NI KHAS UNTUK ORANG DAH KAWEN SAJA......KALO YANG BELOM KAWEN, SILA KAWEN DULU.
2 comments:
aku blm kawen, tp terbaca tadi. hehe
sebab dah baca dan anda belom kawen....anda seharusnya cepat2 cari pasangan hidup dan berkahwin la cepat.....hahaha, gurau je tapi kalo nak kawin dah...saya doa kan je la..
Post a Comment