Sunday, March 7, 2010

ada apa dengan sejarah malaysia.

1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada
Sultan Kedah.

1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk
Britain di Singapura.

1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi
menyerahkan Melaka kepada Inggeris.

1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris
dengan panggilan Negeri-negeri Selat.

1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.

1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.

1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara
(sekarang Sabah).

1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.

1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak,
Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan
kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.

1915-1941 Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British
mengamalkan dasar pecah dan perintah.

1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.

1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.

1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan
pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.

1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British
kembali ke Tanah Melayu.

1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah
keras orang-orang Melayu.

1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO).

1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman
Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.

1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya
dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.

1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya
bandaran pertama di Kuala Lumpur.

1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-
Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.

1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut
kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.

1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan
lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman
dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk
mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan.
kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum
yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara
ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja
Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa
orang Melayu dan kerakyatan sama rata..

1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman
Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak Hussein menjadi
timbalannya.

1957 Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong” bagi Ketua
Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi Yang di-
Pertuan Agong pertama.

1959 Yang di-Pertuan Agong merasmikan kampus Universiti Malaya di Kuala
Lumpur.

1961 Tunku Abdul Rahman mengusulkan penubuhan Malaysia, yang merangkumi
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

1963 Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi Semenanjung
Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.

1965 Singapura keluar dari Malaysia lalu menjadi sebuah negara merdeka.

1969 Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Persekutuan.
Keadaan darurat diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan,
diketuai Dato’ Abd Razak. Di bawah MAGERAN, keamanan dipulihkan dan urusan
seharian kembali seperti sedia kala di ibu negara.

1970 Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan. Dato’ Abd Razak mengambil alih
sebagai Perdana Menteri Kedua.

1970 Universiti Kebangsaan Malaysia dibuka di Kuala Lumpur.

1970 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi
di kalangan rakyat.

1971 Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) yang pertama.

1976 Tun Abd Razak meninggal dunia di London. Dato’ Hussein Onn menggantikan
tempatnya sebagai Perdana Menteri Ketiga.

1981 Dato’ Hussein Onn meletak jawatan dan melantik Dato’ Seri Dr Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.

1985 Malaysia memulakan peralihan ekonomi dari yang berasaskan pertanian ke
ekonomi berasaskan industri kilang. Kereta nasional pertama, Proton Saga
dikeluarkan dari kilang pembuatan di Shah Alam.

1996 Malaysia melancarkan satelit pertamanya, Malaysia East Asia Satellite
(MEASAT) dan siaran TV satelit pertama.

1997 Sistem Transit Rel Ringan (LRT) pertama negara dilancarkan di Kuala Lumpur.

1997 Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur setinggi 425m muncul sebagai
bangunan tertinggi di dunia.

1998 Kegawatan ekonomi melanda dunia, namun Kuala Lumpur berjaya menjadi
ibukota negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

1999 Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.

1999 Sistem transit rel ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia, Putra-
LRT dilancarkan di Kuala Lumpur dan kawasan sub-bandarnya.

1999 Litar Antarabangsa Sepang dibuka; Malaysia menganjurkan Grand Prix
Formula Satu buat kali pertama, yang ditaja syarikat minyak negara, Petronas.

2000 Malaysia menyambut alaf baru sambil melangkah keluar dari kemelesetan
ekonomi dengan daya dan gaya tersendiri.

2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak XIII Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur.

2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sesi Ke-10 Sidang Kemuncak
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya.

2003 Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepimpinan Malaysia kepada
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu peralihan kuasa yang berjalan lancer.
2004 Kejadian bancana alam melanda Malaysia iaitu Tsunami.
2004 PM baru iaitu Najib, dilahirkan pada 23 Julai, 1953 dan beliau muda 14 tahun daripada Abdullah, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik sejak 7 Januari 2004, selain menjadi ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
2009 Pelancaran Razak SAT. Satelit Malaysia yang termuda. Dilancarkan pada Julai 2009. Membawa bersamanya kamera berresolusi tinggi yang digunakan untuk melakukan teknik penderiaan jauh.

1 comment:

joegrimjow said...

bleh jadi cg sejarah ni