Friday, May 7, 2010

KENAF TU APA BENDA??



Tahukah anda??? Saya pun baru tahu ni....tentang pokok KENAF.. ia adalah sejenis pokok yang digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagainya....serta yang paling penting ia bebas klorin...kalau nak tahu lebih lanjut baca terus....jangan beralih dahulu...membaca itu jambatan ilmu...

Kenaf adalah sejenis pohon berusia 4,000
tahun yang berakar umbi di Afrika zaman
silam. Pohon ini daripada keluarga pokok
bunga raya, dan mempunyai pertalian dengan
pokok kapas dan bendi, serta tumbuh subur
di banyak tempat di Amerika Syarikat.
Dengan pohon Kenaf kita dapat membuat
kertas tanpa menebang pokok.
Pohon Kenaf cepat tumbuh, dan mencapai
ketinggian 12-14 kaki dalam masa sesingkat 4
hingga 5 bulan. Kajian Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat menunjukkan pohon kenaf
menghasilkan gentian kering sebanyak 6
hingga 10 tan setiap ekar setahun, iaitu
umumnya 3 hingga 5 kali lebih banyak
daripada penghasilan pohon Pinus Selatan.
Setelah dituai, seluruh pohon kenaf diproses
dalam alat pemisah gentian mekanikal, sama
seperti mesin kapas. Pemisahan dua gentian
membolehkan pemprosesan dilakukan secara
bebas dan menghasilkan bahan mentah bagi
sebilangan produk termasuk kertas, papan
zarahan, bahan tidur haiwan dan bantuan
bioremidiasi.

2 comments:

Abd Rahim said...

Nice info tentang bunga kenaf nie...baru tahu nie...

::FAIZ:: said...

thanks kongsi info