Monday, November 30, 2009

PROJEK AKHIR SEM

Pengenalan

Projek yang kami ingin lakukan ialah projek litar elektronik Sistem Pembersih Tangan Automatik (SPTA). Projek ini adalah satu lingkaran sistem untuk kemudahan pembersihan tangan secara mudah atau automatik. Sistem ini merangkumi empat litar yang akan digabungkan menjadi satu sistem litar yang lengkap dan mampu beroperasi secara sistematik. Antara litar yang akan dibuat atau litar yang penting ialah litar pemancar inframerah sebagai pemancar isyarat, litar penerima inframerah  sebagai penerima isyarat inframerah dari litar pemancar dan litar pemasa sebagai pemasa untuk litar lanjutan. Terdapat litar tambahan untuk menjayakan alat ini iaitu litar lanjutan seperti litar motor pam dan litar pengering serta litar bekalan kuasa. Ketiga-tiga sistem ini akan digabungkan untuk menjadi satu sistem SPTA. Bekalan kuasa akan diambil daripada punca AC iaitu 12V yang mempunyai penyambungan ke bumi bagi menjamin keselamatan litar pintas. Komponen sensitif untuk projek ini ialah sensor yang terdiri daripada dua peranti aktif iaitu diod foto dan LED IR. LID IR akan memancarkan pancaran inframerah pada kadar rendah selari diod foto dan LED IR menghasilkan satu pantulan sehingga mengenai diodfoto. Litar penerima akan menerima isyarat dan bermulalah satu pantulan sehingga mengenai diodfoto. Litar penerima akan menerima isyarat dan sistem akan beroperasi. Diodfoto dan LED IR perlu disalut dengan tiub hitam untuk mengelak sebarang gangguan cahaya atau pancaran inframerah secara terus.

1.2            Pernyataan Masalah

Masalah yang dapat diselesaikan apabila projek ini dapat diselesaikan ialah dapat membina alat yang lebih baik untuk membersihkan tangan. Hal ini kerana sebelum ini tiada pembersih tangan yang lebih efficient yang boleh digunakan. Alat ini juga akan dapat melakukan kerja membersih tangan secara automatik. Selain itu, sebelum alat ini dihasilkan kita terpaksa membuka paip dengan memusing kepala paip dengan mengunakan tangan kotor. Hal ini akan menampakkan sesuatu keadaan yang tidak bersih.

6 comments:

Anonymous said...

bro.. gua nak all kandungan proposal pojek ni..klo bleh antar skli litar2 yg dh siap.. tolong gua bro.. mggu dpn dh kna submit dh proposal.. harap kat lu ja.. lu anta kat email gua, a6m_azim@yahoo.com.. please bro..

muhammad said...

kepada bambong penasaran, saya ingin memohon bantuan dari pihak anda tentang laporan projek akhir sem sistem pembersih tangan automatik ini, sy harap anda boleh memberikan maklumat laporan projek tersebut kepada sy...semoga tuhan membalas jasa anda... amin... tolong hantar ke email sy, inteam_boys@yahoo.com

sekian..