Monday, December 7, 2009

MPL tempatku LI








                Semasa menjalani latihan industri, saya telah menjalani latihan industri di syarikat “MIRI POWERLINE ELECTRICAL ENGENERING SDN BHD” yang telah didaftarkan dengan bernombor 140709-H. Syarikat ini beralamat di Lot 2144, Block 4, Jalan Cattleya 2, Piasau Industrial Estate, P.O.Box 2091, 98008 Miri, Sarawak. Syarikat ini membuat ‘switch box’ untuk kapal-kapal, melakukan pendawaian elektrik kapal, membuat peti sejuk jenis bilik pada kapal. Syarikat ini dikendalikan oleh Encik Ting Huat Siew. Selama saya menjalani latihan industri di syarikat berkenaan, saya telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat berkaitan firma dari pelbagai sumber. Antara sumber maklumat yang saya perolehi ialah daripada pekerja syarikat, katelog, bertanya dengan kerani, dan Puan Su Leh Ching. Gambar dibawah merupakan logo bagi syarikat tersebut.

Syarikat Miri Powerline telah ditubuhkan pada Jun 1990. Sudah 19 tahun syarikat ini telah ditubuhkan. Seawal penubuhan syarikat ini, ia hanya mempunyai 3 orang pekerja sahaja. Namun kini ia mempunyai pekerja hampir 60 orang pekerja tetap dan ia belum dicampur dengan pelajar pratikal. Syarikat ini mengambil pelajar untuk menjalani pratikal di syarikat tersebut ialah pelajar dari Politeknik Mukah, Politeknik Kuching, ILP Miri, ILP Kota Samarahan, dan banyak lagi. Syarikat ini adalah satu syarikat yang mengeluarkan pelbagai MSB ‘Man Switch Box’, melakukan pendawaian elaktrik, dan membuat peti sejuk untuk kapal- kapal. Syarikat ini bukan sahaja membuat barang- barang elektrik, tetapi syarikat ini juga ada melakukan bahagian kimpalan, memasang ‘bus bar’, ‘painting, dan sebagainya. Terdapat ramai pekerja di Miri Powerline dan pekerjanya bukan hanya bekerja di bengkel sahaja. Pekerja akan dibahagikan dan ada yang akan tinggal di bengkel dan ada juga yang akan dihantar ke kapal. Berikut adalah nombor telefon dan nombor faks terkini Miri Powerline. Ia disertakan dengan e-mail.


Banyak pengalaman banyak ilmu banyak ragam...Terima kasih kepada pelajar ILP, Poli, panjang, ah lu dan semuanya..

 


3 comments:

Anonymous said...

senang ke li kat sana

hazel darwisya said...

mk LI kt miri juak, p x tauk mk apply cne..oil n gas company or chemical company...mun tauk pdh k....tnx

MIRWAN MUHAMMAD said...

senang je kalau pandai berkerja..kalo malas susah la...

time sy apply, hantar terus borang ke bos sana, geranti terima la..