Wednesday, February 10, 2010

HP HILANG, BIAR SAMA2 TAK DAPAT




Macam mana ni, hp hilang kena curi. Biar sama2 putih mata buat mcm ni je..

Senang je kalau mahu. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Bagaimana untuk tahu nombor IMEI tu????
Senang je Cuma tekan:
* # 0 6 #

tanpa ruang kosong tau….

Nombor yang diberikan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit tak kirala jeis apa hp tu janji hp. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan
dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.

Biar sama2 putih mata……
###pastikan hilang dicuri bukan hilang dirumah atau lupa dimana di simpan....takut lepas 2, 3 hari dpt jumpa plk....

No comments: