Friday, February 26, 2010

pangilan percuma dari komputer ke telefon


Kemunculan teknologi Internet telah banyak mengubah cara industri dan sesuatu perniagaan
beroperasi. Internet telah mengubah cara masyarakat berkomunikasi dengan mewujudkan
kemudahan email, Internet telah mengubah cara untuk mendapatkan maklumat dengan wujudnya
laman web. Internet juga telah mengubah cara masyarakat berjual-beli dengan wujudnya
e-commerce atau e-dagang. Kini dengan wujudnya Skype, iaitu kemudahan yang membolehkan kita
bercakap secara percuma dengan menggunakan komputer dan sambungan Internet telah
membolehkan seseorang itu bercakap tidak kira dimana sahaja asalkan terdapat peralatan dan
kemudahan sambungan Internet.
Setakat ini Skype hanya boleh menghubungkan perbualan secara percuma diantara komputer dan
komputer sahaja, untuk bercakap dari komputer ke telefon bimbit biasa pengguna terpaka membeli
prepaid yang dikenakan bayaran. Bukankah bagus jika Komputer boleh mendail ke nombor telefon
tanpa dikenakan bayaran? Memanglah nampak mustahil, tetapi banyak perkara didalam bidang
teknologi ini nampaknya mustahil pada asalnya.
Pagi ini saya ingin berkongsikan satu cara bagaimana pengguna boleh membuat panggilan dari
komputer ke telefon bimbit atau telefon talian tetap secara percuma. Jangan risau ianya tidak
menjadi kesalahan atau melanggar undang-undang. Apa yang kita perlukan hanyalah komputer dan
kemudahan Internet.
Langkah pertama pergi ke www.gizmoproject.com kemudian muat-turunkan perisian yang
dinamakan gizmo. Setelah anda muat-turunkan persiain tersebut ikutilah langkah seterusnya:

1. Muat-turun perisian gizmo di www.gizmoproject.com
2. Pasangkan perisian tersebut di komputer anda
3. Daftarkan diri anda
4. Daftarkan diri rakan anda jika beliau tidak mempunyai komputer
5. Tambahkan no telefon rakan anda dengan format +60[diikuti dengan nombor telefon mereka contoh +60193550006 atau +60355692755.
6. Tambahkan juga nama Gizmo anda kedalam akaun rakan anda jika beliau ingin juga menelefon
anda menggunakan kemudahan gizmo ini.
7. Tambahkan nama rakan anda ke dalam akaun anda dengan menggunakan kemudahan - Invite
8. Buat panggilan ke nombor rakan anda dengan menggunakan Gizmo.
9. Bercakaplah sepuasnya.
from: Webmaster



No comments: