Saturday, April 10, 2010

DADAH - ICE/ SYABU

sambungan dari DADAH-KETAMINE

antara contoh ice....jangan plk pergi cari..


ICE

Ice @ syabu juga dikenali sebagai methamphemine. Biasa juga di panggil batu oleh anak2 ramaja (tapi bukan ABC, air batu campur....kalau tu saya pun minat.....kalau air batu campur dadah, yg tu saya tak minat). Ice biasanya didapati dalam bentuk Kristal yang tidak berwarna. Ice juga diberi nama seperti Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon dan baby ice. Ianya pernah digunakan sebagai ubat untuk menguruskan badan. Ice lebih berbahaya sebagai perangsang kepada system saraf pusat dan merupakan sejenis dadah yang berpontensi untuk disalahgunakan serta menagihkan. 


Kesan….
  1. Boleh berjaga untuk 3 hingga 4 hari (sebab itu pelajar banyak gunakan utk study supaya tahan x tidur) Hilang berat badan, sawan yang teruk. 
  2. Halusinasi, perasaan paranoya yang amat kuat.
  3. Ice memberikan kesan yang amat bahaya ke atas system saraf otak yang boleh mengakibatkan pergantungan secara mental. 
  4. Ice mengakibatkan ketagihan yang amat teruk disebabkan kesannya tidak berpanjangan dan memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mengelakkan kesan ketagihan. 
  5. Ice sentiasa menggalakkan tubuh badan agar tidak berfungsi secara lazimnya lagi. 
  6. Ia sangat merbahaya dan bersikap ganas merupakan salah satu kesan secara langsungnya. 
  7. Ice mempunyai kesan yang hampir sama dengan Ecstasy, tetapi kesan insomnia boleh menjadi lebih teruk lagi. Penggunaan ice yang berterusan boleh menyebabkan bengkak pada saraf jantung. 
  8. Ice boleh menyebabkan mandul.
  9. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati, buah pinggang, pembuluh darah dan juga kematian. 


Hukuman…… 
Mengedar, mengimpot @ mengekspot lebih dari 50gm ice
***Hukuman MATI*** 

Memeiliki & mengambil ice
*** Tidak lebih 5 tahun penjara @ 3 kali sebatan @ kedua-duanya. (jangan ingat sebatan tu macam sebatan kat sekolah….baru tengok orang kena sebat pun dah kita rasa sakit apatah lagi kalau kita pesalah yang kena sebat…

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

thanks bg info ni...

MIRWAN MUHAMMAD said...

wcom.....TQ...

Azfar said...

salam,sy pelajar sekolah menengah.sy telah terlibat dgn ais kerana perasaan ingin tahu.namun kini dah berhenti kerana sy masuk hosp. slama 1/2 tahun krana menghidap hiv.atas ehsan allah sy kembali ke pangkal jln.harap tolong doakan sy.