Sunday, April 4, 2010

ROBOT


i.        Robot telah membawa satu dimensi baru dalam dunia proses pembuatan.
ii.      Robot merupakan pengendali pelbagai kegunaan yang boleh diaturcara dan mempunyai ciri-ciri kepandaian dan kebolehsuaian.
iii.    Berbanding dengan manusia, robot mampu melakukan kerja yang banyak dengan lebih cekap dan tepat.
iv.    Fungsi robot dalam system pengendalian bahan termasuklah pembungkusan, pemindahan benda kerja, pengagihan dan penyusunan, pengisian dan pemungahan (loading and unloading), dan pengendalian pallet.
v.      Penggunaan robot paling sesuai digunakan dalam operasi yang memerlukan kerja yang berulangan, mengendalikan benda kerja yang penting terutamanya dalam persekitaran yang merbahaya di mana sedikit kesilapan akan mengakibatkan kesan yang banyak.
vi.    Akan tetapi, robot adalah mahal. Dalam memilih sesebuah robot industry, perkara-perkara yang dipertimbangkan termasuklah kemungkinan penggunaannya pada masa hadapan, kos penyelenggaraan dan keperluan penggunaannya.




KEPENTINGAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN SECARA UMUM

Sistem pengendalian robot dalam industry pembuatan pada masa kini berkembang berikutan peningkatan penggunaan teknologi terkini. Kepentingan system ini boleh dilihat dari beberapa aspek seperti:

1.       Penigkatan kos tenaga buruh
Masalah peningkatan kos tenaga buruh biasanya dihadapi oleh Negara maju seperti Jepun dan Amerika.
Penigkatan kos buruh menyebabkan syarikat mengubah polisi agar menimumkan penggunaaan buruh. Kesannya system automasi akan digunakan bagi mengganti tenaga manusia.

2.       Peningkatan permintaan
Permintaan yang tinggi ke atas produk seperti kereta akan meningkatkan kadar pengeluaran produk.
Untuk meningkatkan kadar pengeluaran, pelbagai operasi proses umum pembuatan perlu diautomatikkan agar memendekkan masa pengeluaran dan seterusnya meningkatkan kuantiti pengeluaran. Hal demikian akan membawa kepada penggunaan perkakasan automatic. Ini termasuklah robot, kenderaan panduan automatic dan sebagainya.

3.       Persaingan global
Akibat persaingan global, syarikat – syarikat pengeluar utama akan bertanding dengan cara mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan murah.
Objektif tersebut akan mendorong kepada penggunaan system automatic iaitu robot di mana system robot mampu menimumkan kos per unit produk di samping meningkatkan kualiti produk.

4.       Penggunaan ruang kawasan kilang
Ruang kawasan kilang adalah terhad sekiranya melibatkan banyak operasi.
Melalui  penggunaan system pengendalian bahan secara automatic seperti robot, ruang kawasan dapat dijimatkan.

5.       Kemudahan pergerakan bahan kerja
Bahan kerja yang berat adalah lebih mudah dikendalikan oleh system robot berbanding tenaga manusia.
Bahan kerja dapat dipindahkan antara setesen kerja tanpa sebarang kesilapan.

6.       Kemudahan kawalan proses pengeluaran
Melalui penggunaan system robot, sebarang pengubahsuaian operasi hanya memerlukan pengubahan pada system robot. Sebaliknya jika tenaga manusia digunakan pengubahsuaian operasi perlu dikuti dengan latihan tenaga kerja.
Keseluruhan proses operasi kilang dapat dijangka dengan lebih tepat kerana pencapaian atau keupaian system robot adalah tetap walaupun beroperasi dalam tempoh masa yang panjang.

No comments: