Kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.
Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan
'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika
azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya.
"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak
fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh
mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa
yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa
nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan
kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut
menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin
Yarobbal a'lamin.."
****tapi tak cukup diam je kalau dengar AZAN....jom pergi solat sama la....
7 comments:
tenkiu sebab share bro....=)
saling ingat mengingati adalah suatu amalan yang mulia
cantik aaa... gambar ala2 senja tue....
pagi jumaat yang sungguh menenangkan hati....
salam..
bukan susah sangat sebenarnya nak diam time azan..x sampai 5 minit pun kan..
tapi benda yang senang nielah di pandang remeh..
thanks for the info..
Semoga kita mati dalam iman...
TQ coz' puji gambar...lama juga tunggu supaya langit jadi macam tu...
kalau masalah bising semasa azan tu plk...kalau dlm masjid, saya tgk org yang dah berumur jgk yang bising....kalau yang muda ada la jgk tapi jarang2....itu dari pemerhatian saya...kalau di tempat lain saya tak tahu la plk..
Post a Comment